"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Tuesday, August 2, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 1

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
salam ramadhan buat semua, walau jauh dimata tapi rindu tetap dihati. mungkin lewat sehari namun tetap jua daku ucapkan, semoga ramadhan dilalui penuh erti dan diberkati. buat family yang dirindui, baru terasa rindu bila setiap satu wajah mereka ku lihat di fb. baik! lupakan semuanya, daku hanya ingin mencoret pengalaman ramadhan tahun ini.

"day one ramadhan, nafsu merengek bagai anak kecil, bagai tak pernah berpuasa sebelum ini, latihan puasa sunat yang sering dilazimi juga bagai tiada kesan, bukti pemberontakan nafsu keatas penangkapan dan penahanan 'guru'nya yang sangat disanjung.
letih bukan kepalang, panas membahang, tidur yang berpanjang, sungguh rugi diri bila penghayatan seawal 1 ramadhan hilang, namun masih daku ingati rasa melonjak girang malam 1 ramadhan, semangat berkobar ke masjid menunaikan terawih, anugerah ramadhan, rasa cemas dan takut bertemukan esok 1 ramadhan. moga masih sempat daku perbaiki diri."

Abu Hurairah menyatakan : telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud : apabila telah tibanya ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(hr bukhari, muslim, nasai'e, ahmad dan baihaqi)


1 comment:

Anonymous said...

salam NAAS.sudah ada target Ramadhan kali ini?moga istiqamah dan sukses k.