"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Thursday, August 11, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 10

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

"day ten ramadhan, telah 10 ramadhan pertama berlalu, apakah statusnya puasa dan amal ku, diterima atau tidak? ingatan kembali menjengah ke sana, rindu pula pada mereka, seperti yang ku jangka ia berlaku jua, aku bingung inikah yang ku inginkan, aku tenang menghadapinya seakan aku berjaya mencipta alasan mengelak dari turun ke medan amal, moga Allah benar-benar memberikan ku pengajaran agar aku benar-benar mengambil iktibar, telinga makin tebal terima masukan, hati makin keras terima teguran, namun jauh dilubuk hatiku ketahuilah, aku sedar dan aku juga ingin seperti mereka yang berjaya, moga ramadhan beri 1001 keberkatan."

sabda nabi saw : dialah (ramadhan) bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.

No comments: