"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Sunday, March 6, 2011

Adakah Ku Lupa?

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

hari berganti hari. masa kian berlalu. hari-hari kita diisi denga
n pelbagai perkara. kita disibukkan dengan berita revolusi rakyat mesir. kita disogokkan dengan kebangkitan rakyat libya menentang muaamar gadaffi. kita ba
hkan dikaburi dengan urusan -urusan tiket pulang ke mesir. tak dinafikan ini juga isu ummat. namun apa ingat lagikah kita pada satu isu yang tak sepatutnya luput dari minda??

ya, palestin. tanah juang para mujahid yang keimanan mereka telah diakui Rasulullah saw sejak zaman pentadbiran baginda lagi. kesengsaraan demi kesengsaraan yang dialami demi kemenangan tanpa mengharapkan bantuan muslimin yang bukan lagi berpegang pada kesyumulan islam yang sebenar.


ya, mereka sanggup berlapar, sanggup bersejuk, malah sanggup juga bertahan dan berjuang di dalam kurungan tembok ilusi yang dibina rejim zionis demi memisahkan mereka dari dunia luar. anak-anak kecil tidak gentar berhadapan kereta kebal-kereta kebal dengan hanya berbekalkan batu-batu kecil. ibu-ibu tidak bimbang para suami dan anak-anak lelaki mereka tidak pulang untuk makan malam. para ayah tidak gusar meninggalkan keluarga demi memburu syahid. mereka tak perlukan sesiapa untuk mempertahankan tanah suci ummat islam itu. andai mereka mampu, hingga ke titisan darah terakhir mereka berjuang. tak perlu bantuan kita, si saudara yang mengaku peduli pada mereka tapi pada masa yang sama bertuan dan bertuhankan taghut.


kejayaan dan kemenangan islam sesuatu yang dijanjikan. untuk mendapatkan kemenangan itu masih jauh. mungkin tatkala tertegaknya daulah islamiah itu nanti kita bukanlah orang yang bisa melihatnya. namun adakah kita akan menjadi sebahagian dari sejarah tercipta, terbina dan tertegaknya daulah itu nanti?? tepuk dada, tanya iman.


bagaimana bisa kita menjadi sebahagian dari batu-bata atau pasir-pasir atau apa saja elemen yang bisa membangunkan sebuah bangunan yang kukuh, andai diri kita masih dipenuhi karat-karat jahiliyah. peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat masih dipandang enteng. isu-isu ummat sering digurau sendakan. hatta isu saudara kita di palestin diabaikan.

oh, betapa kecil iman kita. betapa rapuh taqwa kita. betapa hina diri kita nak dibandingkan dengan mereka di palestin sana. hari-hari kita sering dihabiskan dengan urusan-urusan sendiri yang bersifat duniawi. sedangka hari-hari mereka diisi dengan jihad di jalan Ilahi demi memenangkan agama islam yang dicintai. betapa besar pengorbanan mereka. tapi tak sekejap pun kita mengingati dan mengharigainya, lemas dalam lautan urusan-urusan remeh.

ayuh! kembalilah wahai umar abd aziz! bangkitlah wahai sultan mahmud al-fateh! berjuanglah wahai salahuddin al-ayyubi! oh, dimanakah hassan al-bana?! dimanakah syed qutb?! dimanakah syed ahmad yasin?! jangan kalian sembunyi lagi disebalik bayang-bayang taghut. jangan kalian tidur lagi di katil-katil empuk yang dihulur taghut. jangan kalian diam lagi dinaungi suara-suara lantang taghut yang tak berasas.

daulah islamiah sedang menunggu untuk diteggakkan. ia akan tetap tertegak walau tanpa kita. namun rugilah kita andai menjadi orang yang tak bisa melihat kemenangan itu nanti bahkan tak bisa pula menjadi salah seorang yang tercatat dalam sejarah kemenangan islam kelak.

hai jiwa yang sering dalam kealpaan sedarlah dikau akan perkara ini. jangan kau hanyutkan lagi dirimu dengan kelalaian duniawi yang membunuh. mohonlah ampunanNya atas kelalaianmu. moga ditunjuki jalan kebenaran.

wallahu'alam.


Tuesday, March 1, 2011

Ketenangan Milik Allah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

tanggal 1 mac merupakan hari bermakna buat seorang teman yang dikejauhan. sayang aku tak dapat bersamanya dikala ini. dengarkan ini wahai sahabat, nukilan hatiku khas buatmu, dibawah bimbingan tuhan sang pencipta alam.

hampir 10 tahun kita mengikat janji menjadi sahabat selamanya hingga mati. dan selama itu jugalah tak banyak tentang mu yang aku ketahui. apa yang pasti sayangku padamu seluas langit tinggi. sedihmu pada hari ini tak dapat aku ubati. hanya kalam Ilahi penyeri duka sepi.

aku terharu, kerana padaku kau luahkan kata hatimu. entah bagaimana keadaan orang tua mu. terlintas dibenakku pasti mereka lebih sarat merindu. mungkin difikiranmu mudah untuk aku berbicara. tapi percayalah wahai sahabat, aku cuba merasa apa yang kau rasa. supaya kau tahu aku sangat cakna tentang keadaanmu.

temanku "setiap yang bernyawa akan merasakan mati" (al-ankabut : 57) begitu juga kita. kau dan aku, sama-sama akan merasakannya. cuma yang beza, bila, dimana dan bagaimana ajal itu akan datang dan merenggut nyawa kita.

begitu yang berlaku pada nendaku. nafas akhirnya dihembus bersama-sama tiub yang membantunya bernafas. diatas katil, lemah tak berdaya. disaat aku sibuk dengan urusan duniaku yang entah kan menjadi bekal atau beban di akhirat kelak. tak sempat melihat wajahnya. tak sempat berada disisinya apatah lagi merenung dan berbicara dengannya. apa yang pasti doa yang dikirimkan, sebagai tanda ingatan, moga bertemu di syurga kelak.

sahabatku "Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan mereka(yang telah ada). dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (al-fath : 4) diwaktu sedihmu. aku turut bersedih kerana aku tak bisa menenangkanmu dan meleraikan kesedihanmu. tapi satu perkara yang aku yakini, sebanyak mana aku memikirkan tentang mu, lebih banyak Allah mengingatimu. mohonlah ketenangan daripanNya. mintalah Dia menyampaikan rasa rindumu pada kakak kesayanganmu dan mohonlah padaNya agar rohnya dicucuri rahmat dan menemukan kalian di syurga abadi. moga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya serta tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhaiNya.

Allahu'alam.


revolusi mesir - Kini Berwajah Baru

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

alhamdulillah keadaan semakin reda di mesir sana nun. student get to go back and live a happy and meaningfull life that they(some) had left unpurposely. saya kini berwajah baru. yup! anda tidak di page yang salah kalau memang anda taip the same address. revolusi mesir memangkin revolusi kami. eh, tak lah :)

mengimbau kembali apa yang pernah disampaikan pada seseorang sewaktu berada betul-betul bersebelahan dengannya membuatkan ana terfikir kembali, adakah aku sekadar berkata-kata kosong. "sangat dibenci Allah apabila kamu mengatakan apa yang tak kamu kerjakan" (as-saff : 3)

though it seems simple and small tp it creates a great impact to buktikan "jika tak kita yang memulakan, takkan ada perubahan. sama macam kita nak ke klang tp enjin kereta tak di'start'kan, kereta tak dijalankan(pandu),tak sampainya kita kat klang" - which what i was said. so, actually try to hapuskan juga segala macam perasaan atau keinginan jahiliyah yang masih bersarang di hati. feel boring dengan page dulu tapi sayang nak tukar, so not me and whatever lah. seribu satu alasan remeh untuk berubah. sedangkan perubahan itu satu sunnatullah. though it is as simple as changing layouts. what we pamerkan is what represents us. so get the 'coolio crap'(egoness) things off of you, then you'll be able to lead a better and meaningfull life.

hooo...,this isn't just about the layout, it is more towards everything in life if you noticed. the layout thingy is just and example :) so welcome aboard to everyone yang sudi singgah disawang buruk ini yang tak punya apa-apa selain apa yang dirasa. new look, new way of writing, new ideas which may represents a new me. thanks for the support from those whose really inspiring. and have a good day in His bless insyaAllah. yang baik ambil, yang buruk tinggalkan dan tegurlah kerana ana juga manusia yang dipenuhi dosa-dosa. moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua. amiinn...

to miss ida, insyaAllah will write about it soon :) sorry for the late.