"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Sunday, March 6, 2011

Adakah Ku Lupa?

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

hari berganti hari. masa kian berlalu. hari-hari kita diisi denga
n pelbagai perkara. kita disibukkan dengan berita revolusi rakyat mesir. kita disogokkan dengan kebangkitan rakyat libya menentang muaamar gadaffi. kita ba
hkan dikaburi dengan urusan -urusan tiket pulang ke mesir. tak dinafikan ini juga isu ummat. namun apa ingat lagikah kita pada satu isu yang tak sepatutnya luput dari minda??

ya, palestin. tanah juang para mujahid yang keimanan mereka telah diakui Rasulullah saw sejak zaman pentadbiran baginda lagi. kesengsaraan demi kesengsaraan yang dialami demi kemenangan tanpa mengharapkan bantuan muslimin yang bukan lagi berpegang pada kesyumulan islam yang sebenar.


ya, mereka sanggup berlapar, sanggup bersejuk, malah sanggup juga bertahan dan berjuang di dalam kurungan tembok ilusi yang dibina rejim zionis demi memisahkan mereka dari dunia luar. anak-anak kecil tidak gentar berhadapan kereta kebal-kereta kebal dengan hanya berbekalkan batu-batu kecil. ibu-ibu tidak bimbang para suami dan anak-anak lelaki mereka tidak pulang untuk makan malam. para ayah tidak gusar meninggalkan keluarga demi memburu syahid. mereka tak perlukan sesiapa untuk mempertahankan tanah suci ummat islam itu. andai mereka mampu, hingga ke titisan darah terakhir mereka berjuang. tak perlu bantuan kita, si saudara yang mengaku peduli pada mereka tapi pada masa yang sama bertuan dan bertuhankan taghut.


kejayaan dan kemenangan islam sesuatu yang dijanjikan. untuk mendapatkan kemenangan itu masih jauh. mungkin tatkala tertegaknya daulah islamiah itu nanti kita bukanlah orang yang bisa melihatnya. namun adakah kita akan menjadi sebahagian dari sejarah tercipta, terbina dan tertegaknya daulah itu nanti?? tepuk dada, tanya iman.


bagaimana bisa kita menjadi sebahagian dari batu-bata atau pasir-pasir atau apa saja elemen yang bisa membangunkan sebuah bangunan yang kukuh, andai diri kita masih dipenuhi karat-karat jahiliyah. peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat masih dipandang enteng. isu-isu ummat sering digurau sendakan. hatta isu saudara kita di palestin diabaikan.

oh, betapa kecil iman kita. betapa rapuh taqwa kita. betapa hina diri kita nak dibandingkan dengan mereka di palestin sana. hari-hari kita sering dihabiskan dengan urusan-urusan sendiri yang bersifat duniawi. sedangka hari-hari mereka diisi dengan jihad di jalan Ilahi demi memenangkan agama islam yang dicintai. betapa besar pengorbanan mereka. tapi tak sekejap pun kita mengingati dan mengharigainya, lemas dalam lautan urusan-urusan remeh.

ayuh! kembalilah wahai umar abd aziz! bangkitlah wahai sultan mahmud al-fateh! berjuanglah wahai salahuddin al-ayyubi! oh, dimanakah hassan al-bana?! dimanakah syed qutb?! dimanakah syed ahmad yasin?! jangan kalian sembunyi lagi disebalik bayang-bayang taghut. jangan kalian tidur lagi di katil-katil empuk yang dihulur taghut. jangan kalian diam lagi dinaungi suara-suara lantang taghut yang tak berasas.

daulah islamiah sedang menunggu untuk diteggakkan. ia akan tetap tertegak walau tanpa kita. namun rugilah kita andai menjadi orang yang tak bisa melihat kemenangan itu nanti bahkan tak bisa pula menjadi salah seorang yang tercatat dalam sejarah kemenangan islam kelak.

hai jiwa yang sering dalam kealpaan sedarlah dikau akan perkara ini. jangan kau hanyutkan lagi dirimu dengan kelalaian duniawi yang membunuh. mohonlah ampunanNya atas kelalaianmu. moga ditunjuki jalan kebenaran.

wallahu'alam.


No comments: