"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Friday, January 25, 2013

Give me some sunshine

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Siang tadi jumpa dengan akhwat. Lama dah tak berjumpa gara-gara demam periksa yg melanda hampir setiap seorang daripada kami. Jumpa sebab nak mintak tolong paskan beberapa barang kat akhwat Cairo. "Lama dah kita tak musafir bersama. Tak best la tak musafir sekali." Saya hanya senyum. Ambil waktu seketika kemudian jawab, "Itulah hakikat kehidupan, yg hidup mati, yg jumpa berpisah, yg di bawah akan naik dan seterusnya." Dan hati menyambung, tiada yg statik. Pasti akan berubah. Samada ke depan atau ke belakang. Cepat atau lambat.

Winter break is here. Bermakna bermula lah kehidupan akhwat yg serba busy. But yet Mansoura is so silent. Sunyi. Tanpa mereka di sisi. Kita kini bagai dua kapal terbang yg berbeza haluan walaupun kita masih dibawah satu jenama airline. Satu akan terbang ke utara dan satu lagi akan terbang ke selatan. Takkan ada titik bertemu kecuali bila kita kembali semula di airport yg sama. Dan masing-masing dengan tugasan masing-masing. Rindu, pasti sangat merindui kalian.

Exam saya bermula lambat, bermakna akan berakhir lambat juga. Kini saya sudah bebas dari periksa selama tiga hari dan saya tak dapat bertemu mereka kerana mereka yg bermula dan habis awal sudah pun memulakan perjalanan bahkan sudah hampir dipertengahan percutian mereka. Saya. Hanya menghabiskan masa di rumah bersiap sedia utk hari yg dinantikan. Plus 30 minit berjalan yg menjadi rutin harian saya selama seminggu akan datang. Yg menjadi teman menghilangkan sunyi.

Hari ni 25 January. Hari bertuah Mesir dan hari berharga buat insan tersayang. Hanya doa mengiringi kesejahteraan Mesir akan datang dan keteguhan hatinya meneruskan amal.
Give me some sunshine. Give me some rain.
Give me another chance. I wanna grow up once again..

Saturday, January 5, 2013

Gerabak

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Dear sahabat, (senyum)
Aku tuliskan tulisan ini untukmu. Ya, khas untukmu. Senyum.

Ingatkah lagi saat kita bertemu dalam satu gerabak kereta api yg sama. Beberapa tahun yg lepas. Kereta api mula bergerak dan engkau, ada di hadapanku bersama beberapa lagi rakanmu. Walau mungkin ada yg di depan atau sedikit terjarak darimu. Kita tetap dalam gerabak yg sama. Senyum.

Kau perkenalkan dirimu sebagai pemula bicara dan perkenalan kita. Aku lantas menjawab tanpa ditanya siapa namaku. Ke mana hala destinasiku kau tanya lanjut. Ke Kota Harapan. Dengan senyum indah terukir dibibirmu, kata kau, aku juga sepertimu. Kau siap memperkenalkan aku dengan rakan-rakan mu yg lain. Senang kami berkenalan bagai telah lama berjumpa.

Aku lihat ke luar tingkap. Kereta api masih juga bergerak dengan kelajuan yg sama. Meninggalkan indahnnya alam seinci demi seinci. Destinasi kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang, dan ia mungkin akan meletihkan kita. Perlahan sapa mu tatkala aku ralit dengan fikiranku. Aku senyum menyatakan, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kau sudi bersama ku. Engkau dan rakan-rakan mu serentak senyum sambil menarik ku dalam dakapan.

Kereta api kita berhenti di satu perhentian. Gerabak yg kita naiki mungkin mengalami sedikit masalah. Lantas kau keluar melihat, mencari jawapan pada nasib kita bersama. Kau, aku dan rakan-rakan kita. Kau kembali dengan riak wajah yg bermakna. Ada satu kereta api yg boleh menumpangkan kita ke Kota Harapan tapi laluannya berbeza dan hentian terakhirnya mungkin berbeza. Mungkin sedikit jauh dari hentian utama Kota Harapan. Kereta api yg satu lagi akan membawa kita melalui laluan yg tidak jauh beza dan tempat henti akhirnya lebih dekat dengan hentian utama Kota Harapan yg kita tuju.

Kita semua menaiki gerabak yg sama dari kereta api yg tak jauh beza laluannya dengan yg asal. Kecuali beberapa orang dari rakan kita yg memilih untuk menaiki gerabak yg berbeza laluan. Engkau senyum. Katamu, telah  beberapa orang dari rakan ku terdahulu juga tidak bersamaku kini. Selagi kami masih menuju destinasi yg sama. Kami akan bertemu jua. Itu harapan mu.

Kita lalui lagi perjalanan yg baru di dalam gerabak yg sama. Cuma mungkin berbeza pemandunya. Destinasi kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang bahkan mungkin lebih panjang berbanding jalan-jalan yg lain, dan ia mungkin meletihkan kita. Sapa mu lagi tatkala melihat aku termenung keluar tingkap berkira-kira tentang nasibku. Aku senyum menyatakan, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kau sudi bersama ku. Senyum. Kita saling berpelukan seolah itulah yg terakhir buat kita.

Masa terus berlalu. Kau tunduk menghadapku. Aku perlu ke gerabak yg di depan. Kita masih dalam satu kereta api, mungkin hanya berlainan gerabak. Aku senyum dalam resah. Kau terus memujuk. Kata mu, mereka yg lain masih di sini. Kita semua satu walau di mana kita berada. Aku perlu berada di sana.

Masa berlalu lagi, dan kini hanya tinggal aku dan beberapa orang dari kalangan kita yg masih berada di gerabak yg sama pernah kita naiki bersama. Mereka juga telah mengikuti jejak mu yg semakin melangkah dari gerabak ke gerabak yg lebih depan. Aku gembira. Aku senyum menghantar setiap satu dari mereka yg tinggal menjejaki mu.

Aku terus merenung keluar, dan aku menoleh ke belakang. Hanya ada satu gerabak di belakang dan tiada lagi kata sapaan mu mengingatkan aku tentang perjalanan yg panjang ini. Yg ada hanya sayup-sayup ingatan yg menjadi penguat dikala aku terasa letih dan ingin turun dari gerabak ini. Aku toleh ke belakang lagi. Penumpang-penumpang di gerabak belakang juga sudah semakin beransur masuk ke gerabak yg pernah kita duduki bersama tatkala kereta api semakin laju meluncur dengan penumpang yg semakin bertambah.

Aku melihat ke hadapan ku. Wajah mu bukan lagi yg aku lihat. Tapi insan lain yg juga menuju destinasi kita yg sama. Aku menoleh ke gerabak di depan. Aku melihat senyuman engkau dan mereka dari jauh. Aku ingin menjejak kalian. Aku tak mahu ditinggalkan sendirian. Aku mahu berada di gerabak yg sama dengan kalian. Kerana, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kalian ada dengan ku.


~Aku akan jejaki mu.

Tuesday, January 1, 2013

Flashback

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Sana sini orang wish tahun baru 2013. Entah, tak terasa pun dah masuk tahun baru dan tak rasa teringin nak wish atau merasa kegembiraan sambutan tu. Mungkin sebab dah lama duduk kat sini dan tak pernah redha atau beriya-iya dengan tahun baru Masihi sejak kenal semula tahun baru Hijrah. Atau mungkin sebab 2 3 hari ni jugak keadaan diri tak berapa baik, so tak ada mood nak raikan. Lagipun, apa yang boleh diraikan kalau dalam hati sentiasa merisaukan bagaimana sambutan mereka disana? Dengan konsert? Party? Mungkin ada majlis-majlis sambutan Islami, alhamdulillah tapi masih tak mampu redakan rasa gundah dalam hati.

Hadir hari ini, pada 10 minit terakhir 2012 bukanlah untuk bercerita tentang 'Selamat Datang Tahun Baru 2013' atau ' Selamat Tinggal Tahun 2012'. Tapi tergerak untuk rujuk kembali masa lalu. Masa yg membezakan aku dengan sekarang. 'Pandanglah ke belakang untuk memperbaiki diri. Gagahi langkah ke hadapan dengan mengharapkan redha Ilahi'. Itu bunyi status salah seorang penghuni hati sempena tahun baru 2013.

Kalau dulu solat mungkin tungang-langgang. Waktu entah ke mana. Asal solat je, biarpun waktu dah betul-betul kat hujung tanduk. Ingat lagi, kalau solat isya' tu sebelum tidur baru nak solat. Dan bila dah nak tidur tu mula la rasa berat sebab nak solat dulu. Solat pun cukup ala kadar tunggang-tungging 4 rakaat. Habis salam kedua terus bangun lipat telekung sejadah. Doa. Rasa macam tak pernah nak buat kalau tak sebab nak exam atau ada musibah. Wirid, zikir, selawat, tak pernah kenal. Itu belum kira solat yg burn sebab malas dan dan dan. Puasa, mujur ada walaupun sekadar penuhkan sebulan Ramadhan je. Puasa sunat Isnin Khamis, nak exam baru buat. Qiam tahajud istikharah taubat. Tak pernah kenal semua tu. Solat hajat je mungkin, itu pun macam biasa lah, time nak exam je. Sedekah, tilawah, dhuha. Nil. Mathurat memang tak pernah kenal.

Berbeza sekarang. (mungkin). Kalau tak banyak pun, ada la sikit. Solat kalau tak awal waktu rasa resah. Dan sekarang bila terfikir 'eh dah solat ke belum?', mesti akan teringat waktu dulu yg jahil dan bersyukur sangat sebab sekarang solat dah terjaga. Doa, wirid, zikir selepas solat cuba dilazimi agar solat tak sekadar tunggang-tungging macam ayam patuk dedak kat tanah. Puasa sudah makin dilipat gandakan demi mendidik diri agar beriman. Puasa Ramadhan cuba diberi ruh (hayati) sebaik mungkin. Qiam dan komponen-komponennya sedaya upaya dilakukan. Sedekah, tilawah, dhuda dirutinkan. Bahkan tilawah saja sudah mampu mencapai berhelai-helai muka surat berbanding dulu yg nak habiskan 1 2 muka surat pun susah dan tergagap-gagap. Siap kena paksa dulu dengan mummy baru nak baca. Padahal umur waktu tu bukan kecik lagi. Dan mathurat. Antara pencapaian yg menyentuh hati sebab buku kecik mathurat tu Kim yg bagi. Dan ada cerita disebaliknya. Senyum.

Alhamdulillah. Mungkin itu yg lebih wajar aku lakukan sekarang. Bersyukur atas apa yg telah berlaku. Bukan merintih atas ujian-ujian yg Allah timpakan. Ya Allah, lama sudah aku alpa sejak kau temukan aku kembali dengan Mu. Selesa dalam keselesaan yg Kau berikan dan meminta-minta agar diberikan lagi. Ampuni aku ya Allah. Jadikan aku hamba Mu yg mensyukuri setiap nikmat kurniaan Mu.
"Hanya sekejap ku berdiri
Ku lakukan sepenuh hati
Sedih ku ini tak ada erti
Jika Kaulah sandaran hati"
~Sekadar imbas kembali.