"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Saturday, January 5, 2013

Gerabak

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Dear sahabat, (senyum)
Aku tuliskan tulisan ini untukmu. Ya, khas untukmu. Senyum.

Ingatkah lagi saat kita bertemu dalam satu gerabak kereta api yg sama. Beberapa tahun yg lepas. Kereta api mula bergerak dan engkau, ada di hadapanku bersama beberapa lagi rakanmu. Walau mungkin ada yg di depan atau sedikit terjarak darimu. Kita tetap dalam gerabak yg sama. Senyum.

Kau perkenalkan dirimu sebagai pemula bicara dan perkenalan kita. Aku lantas menjawab tanpa ditanya siapa namaku. Ke mana hala destinasiku kau tanya lanjut. Ke Kota Harapan. Dengan senyum indah terukir dibibirmu, kata kau, aku juga sepertimu. Kau siap memperkenalkan aku dengan rakan-rakan mu yg lain. Senang kami berkenalan bagai telah lama berjumpa.

Aku lihat ke luar tingkap. Kereta api masih juga bergerak dengan kelajuan yg sama. Meninggalkan indahnnya alam seinci demi seinci. Destinasi kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang, dan ia mungkin akan meletihkan kita. Perlahan sapa mu tatkala aku ralit dengan fikiranku. Aku senyum menyatakan, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kau sudi bersama ku. Engkau dan rakan-rakan mu serentak senyum sambil menarik ku dalam dakapan.

Kereta api kita berhenti di satu perhentian. Gerabak yg kita naiki mungkin mengalami sedikit masalah. Lantas kau keluar melihat, mencari jawapan pada nasib kita bersama. Kau, aku dan rakan-rakan kita. Kau kembali dengan riak wajah yg bermakna. Ada satu kereta api yg boleh menumpangkan kita ke Kota Harapan tapi laluannya berbeza dan hentian terakhirnya mungkin berbeza. Mungkin sedikit jauh dari hentian utama Kota Harapan. Kereta api yg satu lagi akan membawa kita melalui laluan yg tidak jauh beza dan tempat henti akhirnya lebih dekat dengan hentian utama Kota Harapan yg kita tuju.

Kita semua menaiki gerabak yg sama dari kereta api yg tak jauh beza laluannya dengan yg asal. Kecuali beberapa orang dari rakan kita yg memilih untuk menaiki gerabak yg berbeza laluan. Engkau senyum. Katamu, telah  beberapa orang dari rakan ku terdahulu juga tidak bersamaku kini. Selagi kami masih menuju destinasi yg sama. Kami akan bertemu jua. Itu harapan mu.

Kita lalui lagi perjalanan yg baru di dalam gerabak yg sama. Cuma mungkin berbeza pemandunya. Destinasi kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang bahkan mungkin lebih panjang berbanding jalan-jalan yg lain, dan ia mungkin meletihkan kita. Sapa mu lagi tatkala melihat aku termenung keluar tingkap berkira-kira tentang nasibku. Aku senyum menyatakan, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kau sudi bersama ku. Senyum. Kita saling berpelukan seolah itulah yg terakhir buat kita.

Masa terus berlalu. Kau tunduk menghadapku. Aku perlu ke gerabak yg di depan. Kita masih dalam satu kereta api, mungkin hanya berlainan gerabak. Aku senyum dalam resah. Kau terus memujuk. Kata mu, mereka yg lain masih di sini. Kita semua satu walau di mana kita berada. Aku perlu berada di sana.

Masa berlalu lagi, dan kini hanya tinggal aku dan beberapa orang dari kalangan kita yg masih berada di gerabak yg sama pernah kita naiki bersama. Mereka juga telah mengikuti jejak mu yg semakin melangkah dari gerabak ke gerabak yg lebih depan. Aku gembira. Aku senyum menghantar setiap satu dari mereka yg tinggal menjejaki mu.

Aku terus merenung keluar, dan aku menoleh ke belakang. Hanya ada satu gerabak di belakang dan tiada lagi kata sapaan mu mengingatkan aku tentang perjalanan yg panjang ini. Yg ada hanya sayup-sayup ingatan yg menjadi penguat dikala aku terasa letih dan ingin turun dari gerabak ini. Aku toleh ke belakang lagi. Penumpang-penumpang di gerabak belakang juga sudah semakin beransur masuk ke gerabak yg pernah kita duduki bersama tatkala kereta api semakin laju meluncur dengan penumpang yg semakin bertambah.

Aku melihat ke hadapan ku. Wajah mu bukan lagi yg aku lihat. Tapi insan lain yg juga menuju destinasi kita yg sama. Aku menoleh ke gerabak di depan. Aku melihat senyuman engkau dan mereka dari jauh. Aku ingin menjejak kalian. Aku tak mahu ditinggalkan sendirian. Aku mahu berada di gerabak yg sama dengan kalian. Kerana, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kalian ada dengan ku.


~Aku akan jejaki mu.

No comments: