"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Tuesday, May 24, 2011

Tak Pernah Gentar!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

"generasi yang akan datang di Jalur gaza yang terdiri daripada anak-anak yang sudah menyaksikan kekejaman terhadap ayah dan ibu mereka, terhadap saudara dan kerabat mereka, akan menjadi sangat berani dan mara menguasai karakter zaman. mereka akan lebih mampu beribteraksi melawan musuh yang tidak memahami kecuali berinteraksi dengan bahasa JIHAD"

sedikit petikan dari buku tulisan Fatimah Syarha Mohd. Noordin dan Zulkifli Muhammad al-Bakri yang berjudul Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontemporari dan Penyelesaiannya.

sebuah buku yang wajar dan tak keterlaluan andai saya mewajibkan pada semua ummat manusia khususnya para belia dan remaja untuk baca dan sama-sama mengambil iktibar dan seterusnya bertindak atas isu yang tak kan pernah luput dek zaman ini.

sarat dengan fakta-fakta yang membuka mata dan minda yang mengajak diri untuk bangun dari buaian dunia dan berhenti dari menjadi rakan kepada musuh ketat islam, israel zionis laknatullah. komentar-komentar para pemimpin islam sebenar yang menyuntik semangat jihad yang tinggi turut dimuatkan beserta fatwa dan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu saudara kita di sana.

wajah suci sheikh ahmad yassin yang mengundang sayu tatkala helaian diselak satu per satu. jiwa yang sarat dengan semangat jihad yang berkobar-kobar itu masih hidup walau realitinya telah lama dia membuktikan syahadahnya. maha benar firman Allah swt :

"dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi tuhannya mendapat rezeki"
(ali-imran 3 : 169)

ayuh! semarakkan semangat juang salahuddin al-ayoubi, pahlawan islam yang membuka baitul maqdis. lantas berikrar dan terus bertindak demi membuktikan syahadatul haq yang kita yakini!

Monday, May 16, 2011

Compilation Exam Break

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

sempena exam break beberapa minggu sebelum next paper, ana ambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa cerita.
...................................................................................................

NAKBA! 15 may 2011


saja melawat ke blog-blog lain, dan terperasan post-post berkenaan hari guru. oh! hari ni 16 may. aku terlupa dan bagaimana aku boleh terlupa. tapi biarlah aku terlupa kerana ada hari yang lebih penting dan wajar aku ingati.

hari NAKBA PALESTIN, yang bermaksud hari bencana atau malapetaka yang menimpa rakyat palestin umumnya dan khususnya umat islam seluruh dunia. hari dimana kerajaan haram israel diiktiraf dunia dimana secara rasminya negara palestin lenyap dari peta dunia dan wujudnya negara haram ini.

15 may 1948 menyaksikan satu lagi kejatuhan legasi islam. selama 63 tahun! rakyat palestin terkurung dalam tembok-tembok yang dibina zionis memisahkan mereka dengan dunia luar. selama 63 tahun! juga mereka terus tetap berjuang mempertahankan tanah yang hanya tinggal sekangkang kera tanpa rasa peduli oleh umat islam yang lalai dan hanyut dibuai mimpi-mimpi indah dunia dan dibelai oleh nikmat-nikmat sementara yahudi laknatullah. 63 tahun! kita yang mengaku islam yang bersyahadah dengan kalimahtain membiarkan mereka terus dizalimi dan dinafikan hak-hak mereka bahkan selama 63 tahun juga kita yang menyumbang kepada kehancuran al-quds!

apakah kita sedar?! apakah kita cakna?! apakah kita tahu umat islam di palestin selama ini ditindas, dizalimi dan dinafikan hak-hak mereka?! atau kita hanya tahu, oh, hari ni hari guru. 1 may hari buruh. dan berapa banyak lagi hari yang kita ingat tapi lansung tak menyumbang pada kebangkitan islam?!!

sedarlah wahai jiwa-jiwa yang meyakini hari kebangkitan! isu palestin bukan isu lapuk yang tiada penghujung. isu palestin merupakan isu AKIDAH kita sebagai umat islam!

"barang siapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum muslimin, maka dia BUKAN dari golongan mereka"
hr baihaqi dari anas.

nampakkah kalian? hadis rasulullah saw jelas menerangkan duduk sebenar status kita sebagai seorang muslim. andai kita tak memikirkan tentang kaum muslimin maka kita bukan dari golongan muslimin. andai kita bukan dari golongan muslimin, maka dari golongan manakah kita??!tepuk dada tanya iman.

rakyat palestin itu agamanya islam. rakyat palestin itu hidupnya dengan agama islam. maka, apakah mereka bukan dari golongan kita yang sewajarnya kita pertahankan? apakah mereka sekadar rakyat yang menuntuk hak kemerdekaan negara yang telah dirampas?

tak! tidak sama sekali. bahkan merekalah sebaik-baik golongan muslimin yang telah diiktiraf keimanan mereka oleh rasulullah saw

"sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan. dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala" para sahabat bertanya, " dimanakah tempat mereka itu ya rasulullah saw?" baginda menjawab, "di baitul maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) baitul maqdis"

hadith diriwayatkan abdullah ibn ahmad dalam musnad ahmad.

mereka akan tetap berjuang walau mereka dipinggirkan! dipinggirkan oleh siapa? kita yang mengaku seorang MUSLIM!

Allah telah menjadikan al-quds dan penduduk yang mempertahankannya sebagai hujah kita di akhirat kelak. andai tak kita bela nasib mereka, apakah yang akan kita hujahkan di akhirat kelak andai di tanya, apa sumbangan mu terhadap tanah suci al-quds, terhadap saudara-saudara mu di palestin? bahkan kitalah yang menyumbang kepada kemusnahan dan kesengsaraan mereka! maka jawab kita dihadapan tuhan yang maha esa, "aku melakukan sesuatu untuk al-quds dan saudara-saudaraku dengan membantu ekonomi yahudi laknatullah dengan membeli barangan boikot supaya mereka bisa membeli kelengkapan ketenteraan untuk membunuh rakyat palestin dan umat islam! aku membantu al-quds dan saudara-saudaraku dengan tidak mengambil peduli atau kisah akan apa yang berlaku di sana. nak bom ke nak kelaparan ke, biarkan. itu bukan urusanku. itu negara mereka bukan negara ku. aku membantu al-quds dan saudara-saudara ku dengan doa yang tak pernah aku panjatkan buat mereka selain untuk diriku dan keluargaku sahaja!"

andai ini jawapannya di akhirat kelak, maka tafadhol! silakan! berbuatlah sesuka hati mu. lupakan al-quds dan sejarahnya. lupakan rakyat palestin dan kesengsaraannya. hiduplah dalam kemewahan yang disogok kaum kufar. hanyutlah dalam khayalan duniawi yang sementara!

tetapi, "aku membantu sedaya ku dengan menyekat ekonomi kaum kufar dengan menahan nafsuku dari membeli barangan boikot. aku membantu dengan mengambil peduli dan cakna akan nasib mereka setiap ketika lantas ku sebarkan pada teman-temanku, pada keluarga ku pada sesiapa saja yang dikeliling ku, agar mereka juga sedar dan bertindak seperti ku. aku juga tak berhenti membantu dengan mendokan kemenangan buat mereka dan islam disetiap ketika"

andai hujah ini yang ingin dihujahkan, maka persiapkanlah dirimu, segeralah bertindak. lupakan segala nikmat duniawi yang melalaikan. jauhkan diri dari sogokan kaum kufar yang bermacam rupa. bertaubatlah! dan kembalilah kepada tuhanmu yang menciptakan.

arghh! diri ini penuh kekurangan. namun dengan sedikit daya ini aku mengharapkan bisa menjadi hujahku di akhirat kelak. sekali lagi, hati yang menaip lebih dekat dengan hati yang membaca. selayaknya peringatan dan eguran ditujukan pada diri sendiri.

allahu taala 'alam

p/s teringat semalam saat berziarah ke rumah kenalan yang telah lama dirindui, antara mereka ada yang berkata "andai kita tidak disini (mesir) entah apa yang kita lakukan saat ini. entah kan tahu hari nakbah ini entah kan tidak" dan ada juga yang berkata, "orang lebih mengingati hari guru dari hari ini (nakbah)" maka aku tersedar, ya! betul kata dia.

...................................................................................................

tahniah & takziah


"...nak bagi tau ni, .. jangan terperanjat ye" antara bait-bait sms yang diterima yang sedikit menggusarkan hati. apakah sesuatu terjadi pada ayah ku, keluarga ku, atau pengirim sms sendiri. macam-macam fikiran berlegar, namun hati terus beristighfar moga dijauhkan perkara tak baik dan moga hati bisa menerima apa jua ketentuanNya.

telefon berbunyi menandakan masuk sms baru. innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati"
(ali-imran 3 : 185)

dari Dia kita datang, pada Dia jualah tempat kembali. aku menerima khabar perginya satu lagi jiwa yang aku sayangi. Allah Maha Kuasa, disebabkan muzaharat yang berlaku, aku bisa pulang menemui keluarga dan sanak saudara termasuk dia yang telah pergi. saat itu dia kelihatan sangat sihat. dia sama seperti dulu. cerita-cerita yang disampaikan sering membuatku terfikir 'tinggi manakah ilmunya?'. cuma keadaan sedikit berbeza bilamana aku diberitahu dia sering teringatkan arwah anaknya. sedih bila aku tahu dia kadang kala menyuruh anaknya membuat sesuatu sedangkan anaknya sudah tiada. hanya pada tahun lepas, tak lama pun arwah pergi. kini ayahnya turut menjejaki. kesihatan anak sulungnya yang terganggu sebelum aku kembali ke mesir, tapi dia yang pergi dulu.

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. sekali lagi berita ini ditangguhkan kerana aku dalam fatrah imtihan. pertama kali dulu sewaktu kematian nenda dan sepupuku yang merupakan anak arwah. arwah pergi pada 2 may 2011, sehari selepas pernikahan anak buahnya yang merupakan sepupuku.
al-fatihah

p/s lantas ku teringat post yang lepas, betapa ajal kan datang bila-bila masa. maka apakah yang telah ku lakukan sepanjang umur ku.

Saturday, May 7, 2011

Joyeux Anniversaire!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

hey sissi (sis sis),
hope you'll doing fine..this year's 7th may couldn't be homed with you again to celebrate your born's day..a simple gift from me, tanda i was never forget about you..terimalah :


p/s retrieve your gift via email :)

umur was never create for us to waste. kenapa Allah cipta manusia berumur? sebab, kalau tanpa umur bermakna tanpa satu jangka, manusia takkan pernah cuba untuk manfaatkan kehidupannya. bilamana seseorang itu sedar bahawa hidupnya berumur atau punya satu jangka hayat maka dia akan cuba berbuat sesuatu untuk kehidupannya agar tak kosong. itu termasuk samada perkara bermanfaat mahupun tidak, kerana, manusia jika hanya sedar hidupnya punya jangka hayat tapi tak tahu tujuan sebenar dia dihidupkan maka dia hanya mensia-siakan kehidupannya. jadi manusia yang sedar dia punya jangka hayat dan tahu tujuannya dihidupkan, maka dialah sebaik-baik manusia yang dicintai Allah swt.

Allah berfirman :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (qs at-tur : 56)

dan ibadah bukanlah bermaksud duduk ditikar sembahyang 24 jam seminggu atau ber'iktikaf di surau atau masjid tanpa peduli keadaan sekitar, tapi mengibadahkan setiap pekerjaan yang dilakukan dengan berniat melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan semata-mata kerana Allah dan demi mengharapkan keredhaanNya. hatta study sendiri bagi seorang pelajar atau sebagainya dengan syarat sesuatu amalan atau pekerjaan itu tidak menyalahi syara'.

analogi :
bayangkan andai kita punya masa 7 jam sehari dalam seminggu untuk study. 7 x 7 = 49. 49 jam study dalam seminggu hanyalah satu pekerjaan yang sia-sia andai hanya kita niatkan demi kejayaan dunia semata-mata tapi ia berubah ibadah bilamana kita berniat kerana Allah dan demi meraih redhaNya. dan kitalah sebaik-baik hamba yang Allah sayangi insyaAllah. cuba bayangkan, 49 jam dalam seminggu itu kita beribadah melalui study! itu belum ditambah ibadah wajib dan sunat yang dilakukan. kalau bagi saya yang tak seberapa amalannya dan sering melakukan dosa-dosa ini, 49 jam beribadah pada Allah! sesuatu yang alhamdulillah. betapa pemurah dan pengasihnya Allah bilamana dia menghadiahkan kebaikan buat hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. dan Allah tak memerlukan kita bahkan kitalah yang memerlukanNya.

maka, akhirul kalam, manfaatkanlah setiap detik hayat kehidupan mu wahai manusia yang sering alpa untuk mengingat Allah kerana sesungguhnya bilamana kamu mengingat Allah, maka Allah ingat padamu seperti firmannya :

"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat padamu. bersukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (qs al-baqarah : 152)

wallahu'alam.

jari yang menaip lebih dekat dari mata yang membaca. mari sama-sama manfaatka usia kita!

dikesempatan ini juga ingin saya menyeru pada seluruh ummat islam di mana sahaja anda berada untuk sama-sama menyokong intifada ke-3 pada 15 may 2011 ini. moga ini menjadi sedikit amalan buat diri kita dan bukti wujudnya walau sekelumit iman dalam diri kita serta moga ianya menjadi titik tolak kejatuhan zionis dan kebangkitan daulah. takbir!!

p/s/s exceptional post