"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, November 30, 2011

Selingan Sebelum Mula

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

berjalan 'agak' sebentar di alam maya. meninjau-ninjau apa yang patut.

"..... andai dia, kamu, awak, mereka gembira, pastinya saya juga :).."

langkah terus mati, mari mulakan apa yang akan terjadi.

mode : duduk di tepi hanya memerhati

Saturday, November 12, 2011

Aku Fitnah Dakwah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..


berjalanku terus berlari
setiap lorong yang aku susuri
setiap hayat yang aku selusuri
semuanya bagai menggenggam bara yang berduri
perit pedih sakit yang tak terperi

namun langkah ku gagahi jua
demi menepis segala resah di jiwa
menolak segala kata yang datang menimpa
menangkis hasutan yang bermain di minda

aku jatuh lagi dan kembali
putus asa seakan memakan diri
teman di sisi tak jemu mengisi
agar aku tetap teguh berdiri
namun kesalahan ini bukan kecil dapat di sembunyi
tak bisa ku maafkan diri sendiri

indahnya cinta kerana Ilahi
bila ku jatuh ada yang mengangkat kembali
namun kerdil tetap terasa di hati
menjadi FITNAH pada jalan ini
merosak qudwah mengotori diri
mengharap keampunan dari yang Abadi

resah hati tak kan pernah hilang
walau peluang kembali terbentang
kegagalan diri yang terus bertandang
menakung gundah air mata berlinang
aku tetap fitnah dakwah yang terang

Allah maafkan diri ini
hilangkan gusar di hati
berikan kekuatan pada diri
untuk terus merempuh ujian ini
demi merengkuh cinta sejati

12/11/11-08:22

kawan says : "sekali jatuh tak mesti lumpuh! selagi ada kudrat, selagi itu jadi kuat!"

another says : "perjuangan secebis jihad, kekadang meruntun hati, menguji rasa..namun tiap kali kegetiran melanda, tika itu renungkan kembali satu hakikat, kitalah pejuang mujahid Allah.senyum kerana terluka, menangis kerana takut kan Dia"

she says : "you know Allah knows everything, there must be a reason for what happened..be happy keep moving on"

dia says : "tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa agama. tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau MUJAHIDAH MUDA!"

and another 2 3 4 friends i have says : ".....messages pending/undelivered....."

and Allah says : (57 : 22-23) (29 : 2-3)