"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, March 21, 2012

Al-baqa' Lillah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

A song for the xx menemani hidupku sejak 3 hari lalu. Ayah, berselang seli makna lyric lagu jepun tu, dan beberapa gambaran lain melengkapkan video music rekaan aku sendiri. Setelah 3 hari berlalu, hidup yang aku rasa seorang, kosong dan kelam walaupun dikelilingi orang bergelak gembira, kini semakin mampu menerima hakikat ketiadaan seorang insan yang entah bagaimana mampu membuat aku hilang dari dunia.


Terbayang wajah Mak Tun, bagaimana dia menerima kepergian seorang teman hidup?? Aku yang jauh turut rasa kehilangan apatah lagi mereka yang sehidup dengan ayah sedari dulu. Ayah, seorang yang softspoken. Jokes yang dia buat sering mampu mengukir senyumku. Kalau ayah datang berziarah, tiada lain yang akan dihidang melainkan satay wak depan rumah. Tapi last time jumpa masa saurah dulu, ayah tak boleh makan banyak sangat, kolestrol. Baru sekarang aku sedar. Hmm.. pasti akan rindu untuk panggil ayah sebab hanya kami adik-beradik saja yang panggil ayah.

Alhamdulillah, hari selepas berita kematian, aku sempat buat solat jenazah ghaib untuk ayah. First time buat, entah macam mana lah. Tunggang-langgang agaknya. Hari tu solat jenazah ghaib untuk abang seorang ukhti tak dapat buat. Tu yang tak reti. Mula la google, buka buku yang dah berhabuk nak cari kafiat solat jenazah ghaib. Tapi hanya itu yang mampu aku buat dikejauhan ini. InsyaAllah lepas ni akan lebih bersedia dan lebih tersusun kalau menghadapi kematian lagi.

Siang tadi berjumpa dengan beberapa akhwat, mungkin disitu aku dapat kekuatan semula, untuk kembali menata hidup dengan tata cara yang sebaiknya. Hari makin berlalu, memori hanya tinggal sejarah, kehidupan perlu diteruskan. Pada diri ku harapkan, untuk terus tabah menerima dugaan. Biar apa orang nak kata, hanya Allah yang tahu hakikat sakitnya rasa yang tak pernah cuba di rasa.


Ayah, will miss u now and forever. Pak Lang, Opah, Abang Amir... moga bersama di syurga nanti. Teringat kata seorang ukhti, biarlah berjauhan sekarang andai dapat bersama di syurga kelak.

Monday, March 19, 2012

Ukhti, Anugerah Ilahi

in the nama of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Hari dilalui suram. Besar impak pemergian ayah atas diriku yang sudah sememangnya torn apart. Namun segalanya perlu berjalan seperti biasa. Sekurang-kurangnya. Hiba terselindung di balik tirai senyum yang cuba di gagah, di balik petah kata menuturkan gembira. Sampai satu ketika Allah mengilhamkan satu nama dalam minda.


Entah mengapa, hari ini hala destinasiku berbeza seperti hari-hari sebelum. Tanpa banyak bantah ku turutkan kata jiwa, akhirnya membawaku pada seorang ukhti. Walau mungkin bukan apa yang aku rancangkan tapi hakikat sebenarnya Allah hantarkan dia buat diriku.


Benar. Sebaik-baik teman adalah yang mampu meningkatkan iman walau hanya dengan memandang wajahnya. Seluruh sembang kata bukan sekadar sembang kosong atau idari, tapi taujihat basah buat hati. Sedikit terubat hati yang pedih, luka dek libasan hakikat-hakikat yang hakiki. Terasa hidup, seketika.


Juga pada yang sudi sampaikan takziah dan berkira mahu datang berziarah. Jazakunnallah khairan jaza'. Tiada kata mampu mengungkap rasa terharu disegenap hati.




Sunday, March 18, 2012

Kematian Itu Sangat Dekat

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Lebih kurang pukul 2 petang waktu Mesir. Hajat hati nak call family tanya khabar. Nombor di dail, talian berdering. Selepas siap tanya khabar, nada suara dari sana kedengaran berubah. "Kami tengah bersiap nak pergi tahlil ni, Ayah dah takde." Sepi seketika. "Ayah...Pak Li??" Minta kepastian. "Haah.."

Sudden heart attack masa tengah jogging. Tak sangka dan sangat tak jangka. Terlalu cepat semua perkara berlaku. Aku... Aku masih dalam fasa koreksi 'diri'. Dan semua yang berlaku.... akhirnya lepas dalam rembesan air mata. Langit malam ku renung. Sepanjang perjalanan ku cuba cari jawapan. Jawapan pada hati yang merasakan sesuatu. Jawapan yang hanya satu, tenang.

Tergambar wajah ayah diruang mata berselang-seli wajah ayahku. Bakal tiba waktu itu. Namun bila?? Aku tak berani memikirkannya. Hakikatnya bukan hanya mereka, bahkan aku juga bakal menyusul. Tatkala ini sebelah hati merelakan pergi, kerana sudah terlepas ayah dari fitnah dunia dan makin hampir dengan Sang Maha Pencipta. Sebelah lagi hati merintih perih, Allah sudah mula mengambil hamba-hambanya yang disayangi untuk persiapan hari akhir, apakah aku jadi diantara yang tertinggal?? Sebelah hati lagi mendoakan kesejahteraan ayah di sana, dan sebelah lagi.... hanya mengharap agar diri mampu bangkit semula dari kejatuhan yang kian menjerumus diri dalam kebinasaan.

Ayah...walau tak banyak masa kita bersama, namun ada satu sudut dalam dirimu yang membuatkan ku ingin jadi sepertimu. Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Malahan aku juga tersentak dengan pemergian ini, apatah lagi keluarga disisi. Terbayang wajah Pak Lang yang menyusul setelah Abang Amir yang menyusul selepas opah. Moga kalian sejahtera. Berbahagialah kerana urusan kalian di dunia telah selesai. Dan pengajaran dan iktibar buatku yang masih berkelana di dunia sementara.

"Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau pecepatan sesaat pun."
(QS 10 :49)