"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Monday, March 19, 2012

Ukhti, Anugerah Ilahi

in the nama of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Hari dilalui suram. Besar impak pemergian ayah atas diriku yang sudah sememangnya torn apart. Namun segalanya perlu berjalan seperti biasa. Sekurang-kurangnya. Hiba terselindung di balik tirai senyum yang cuba di gagah, di balik petah kata menuturkan gembira. Sampai satu ketika Allah mengilhamkan satu nama dalam minda.


Entah mengapa, hari ini hala destinasiku berbeza seperti hari-hari sebelum. Tanpa banyak bantah ku turutkan kata jiwa, akhirnya membawaku pada seorang ukhti. Walau mungkin bukan apa yang aku rancangkan tapi hakikat sebenarnya Allah hantarkan dia buat diriku.


Benar. Sebaik-baik teman adalah yang mampu meningkatkan iman walau hanya dengan memandang wajahnya. Seluruh sembang kata bukan sekadar sembang kosong atau idari, tapi taujihat basah buat hati. Sedikit terubat hati yang pedih, luka dek libasan hakikat-hakikat yang hakiki. Terasa hidup, seketika.


Juga pada yang sudi sampaikan takziah dan berkira mahu datang berziarah. Jazakunnallah khairan jaza'. Tiada kata mampu mengungkap rasa terharu disegenap hati.




No comments: