"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Sunday, March 18, 2012

Kematian Itu Sangat Dekat

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Lebih kurang pukul 2 petang waktu Mesir. Hajat hati nak call family tanya khabar. Nombor di dail, talian berdering. Selepas siap tanya khabar, nada suara dari sana kedengaran berubah. "Kami tengah bersiap nak pergi tahlil ni, Ayah dah takde." Sepi seketika. "Ayah...Pak Li??" Minta kepastian. "Haah.."

Sudden heart attack masa tengah jogging. Tak sangka dan sangat tak jangka. Terlalu cepat semua perkara berlaku. Aku... Aku masih dalam fasa koreksi 'diri'. Dan semua yang berlaku.... akhirnya lepas dalam rembesan air mata. Langit malam ku renung. Sepanjang perjalanan ku cuba cari jawapan. Jawapan pada hati yang merasakan sesuatu. Jawapan yang hanya satu, tenang.

Tergambar wajah ayah diruang mata berselang-seli wajah ayahku. Bakal tiba waktu itu. Namun bila?? Aku tak berani memikirkannya. Hakikatnya bukan hanya mereka, bahkan aku juga bakal menyusul. Tatkala ini sebelah hati merelakan pergi, kerana sudah terlepas ayah dari fitnah dunia dan makin hampir dengan Sang Maha Pencipta. Sebelah lagi hati merintih perih, Allah sudah mula mengambil hamba-hambanya yang disayangi untuk persiapan hari akhir, apakah aku jadi diantara yang tertinggal?? Sebelah hati lagi mendoakan kesejahteraan ayah di sana, dan sebelah lagi.... hanya mengharap agar diri mampu bangkit semula dari kejatuhan yang kian menjerumus diri dalam kebinasaan.

Ayah...walau tak banyak masa kita bersama, namun ada satu sudut dalam dirimu yang membuatkan ku ingin jadi sepertimu. Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Malahan aku juga tersentak dengan pemergian ini, apatah lagi keluarga disisi. Terbayang wajah Pak Lang yang menyusul setelah Abang Amir yang menyusul selepas opah. Moga kalian sejahtera. Berbahagialah kerana urusan kalian di dunia telah selesai. Dan pengajaran dan iktibar buatku yang masih berkelana di dunia sementara.

"Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau pecepatan sesaat pun."
(QS 10 :49)



No comments: