"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Tuesday, February 5, 2013

Waris

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Kini sudah beberapa hari berada di rumah setelah tiga hari bermusafir ke Alex. Satu kenangan yg indah dan memori yg tegar. Tak pernah lagi rasa gundah macam ni. Tak pernah sejak kali terakhir beberapa tahun yg lepas. Rasa rindu dan terngiang-ngiang pada apa yg dilalui sepanjang tiga hari tu. Entah mengapa dalam setiap sujud merasakan ingin kembali kepada waktu itu. Sujud yg menggabungkan hati dan perasaan. Entah mengapa rasa seperti ingin kembali.

Sejak kaki mula melangkah ke pejabat baru, belum pernah rasa zuk yg macam sekarang ni. Mungkin sebab hati tak pernah rela melangkahkan kaki ke pejabat baru atau mungkin hati memaksa utk rela berada di pejabat baru. Mungkin kerana itu Allah tak ingin memberikan rasa yg indah.

Secara jujurnya sepanjang melalui hari yg tiga itu perasaan hampir sama seperti rasa-rasa yg dilalui sebelum-sebelum ni (tapi berbeza, sangat berbeza). Tapi bila keluar je dari tiga hari itu, ada satu perasaan yg tak diketahui menghuni ruangan kecil di dalam hati. Sejak dalam kenderaan pulang ke Mansoura lagi. Dan semalam dan hari ni dilalui dengan penuh perasaan rindu pada tiga hari itu.

Sayup jeritan Warisan yg mengiringi setiap langkah mencipta sebak di dada. Hampir menyebabkan air mata turun membasah pipi. Setiap bait kata, setiap alunan melodi, menyentak diri dan akal. Jujurnya, bukan perasaan ini yg dihadapi ketika mereka dengan penuh perasaan melontarkan ia di akhir acara itu. Sedang dalam hati memang nak sangat sangat utk menghayati hingga menangis. Apakah aku punya waris nanti??

Tak pernah rasa ikhlas yg macam tiga hari tu. Sungguh tak pernah. Betapa ajaibnya dan batapa indahnya perasaan itu. Mungkin itu yg betul-betul dikatakan ikhlas. Menyerahkan segalanya tanpa ingin diminta-minta habuannya. Ya Allah, kekalkanlah rasa itu dalam beramal, kekalkanlah rasa itu dalam beribadah.



Sedih bila melihat Muhammad Anis Matta menyampaikan ucapan sebagai presiden baru Partai Keadilan Sejahtera menggantikan Luthfi Hassan Ishaq. Betapa aku merindui kata-kata taujihat itu. Betapa terasa hati kita bagai melekat. Perasaan seakan mengalir. Apakah aku masih merindui waktu itu??

~kuatlah hati, terus melangkah