"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Monday, February 28, 2011

finally selangor has spoken - Aku Ingin Pulang

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat ilahi..zat yg Maha Agung atas segala nikmat dan rahmat serta kasih sayang yang dilimpahkan pada hambaNya tanpa mengira siapa, hatta hamba yang banyak melakukan dosa sekalipun.

finally selangor has their voice out. they agreed to pay for the student's tickets back to egypt. how nice. aku bersyukur pada Allah atas perkenanNya membantu anak2 selangor amnya dan khususnya aku si hamba yang dipenuhi dosa ini melalui perantara kerajaan negeri selangor. maka tidak hairanlah mengapa aku, yang utamanya menghalakan seluruh rasa syukur kepadaNya. itu yang sewajarnya bagi setiap hamba yang punya walau sekelumit iman dalam hati mereka. dan terima kasih aku tujukan pada bukan saja kerajaan negeri selangor bahkan semua kerajaan negeri-kerajaan negeri di malaysia. dengan sedikit bantuan yang dihulurkan, kami, anak2 malaysia yang menimba ilmu di ardul kinanah bisa kembali menyambung pengajian kami di bumi yang dilimpahi barakah ini. bumi yang menemukan semula si hamba dan penciptanya.

tak sabar rasanya ingin pulang ke tanah kelahiran para anbiya, yang langitnya berkongsi dengan langit para mujahidin dan syahidin di palestina. biarlah, walau setiap hari dibingitkan dengan bunyi enjin F-16 tentera-tentera udara israel, sekurang kuranganya aku bisa merasa apa yang diarasa oleh saudara-saudaraku di sana. sekurang kurangnya aku bisa mengingati perjuangan mereka disetiap ketika.

bukan aku tak gembira kembali ke tanah kelahiran ku bertemu ibu bapa, sanak saudaraku tapi aku merindui untuk berada di sana. merindui untuk merasa sengsara saudaraku di palestina, merindui untuk merasa dekat padaNya, merindui untuk merasa betapa aku perlu cakna dan bertindak akan hal-hal ummat, dan paling penting aku rindu untuk kembali bekerja.

seronok, memang seronok, siapa yang tak bahagia bila berada bersama keluarga dan kawan2 yang ditinggalkan hampir 3 tahun?!! namun, apakah seronoknya, manakah bahagianya bilamana dalam masa yang sama aku terjerat dengan nafsu dan hasutan syaitan. lagha dalam setiap perbuatan. lumpuh dalam amalan. membuncitkan nafsu dan mengenyangkan syaitan, sedang iman hampir pupus, mati dalam kelalaian.

astaghfirullah, astaghfirullah. istighfar juga kadang kala tak mampu menangkis kehendak nafsu. lalu bangkitlah aku merenung. apakah tarbiyah dzatiyah ku masih belum mantap? ya! rupanya angananku dulu hanyalah anganan. aku sebenarnya masih tak mampu untuk membuktikan apa yang aku yakini dulu. cemburu aku dengan mereka yang tinggi tarbiyah dzatiyahnya. cemburu aku dengan mereka yang kuat melawan nafsunya, yang teguh mempertahankan apa yang diyakininya demi membuktikan syahadatul haq mereka sedang aku kecundang dalam membuktikan janjiku padaNya.

moga aku masih dilihat olehNya dan sudi dibimbingNya. daku menantikan kepulangan yang penuh makna tersirat.


Monday, February 21, 2011

3P InsyaAllah Taja Anak2 Mereka

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

3 negeri ber'capital letter' P insyaAllah akan membiayai kos kepulangan anak2 negeri masing2..
Penang, Perlis dan Pahang..
tambahan student Pahang juga akan dapat extra RM500 sbg duit poket..
alhamdulillah, panjatkan kesyukuran pd Ilahi atas rezeki yg dilimpahkan..
sy turut bergembira buat sahabat2 dari negeri2 berkenaan..
Selangor bila lagi??hehe..dah habis bincangkah?atau masih runsing berapa byk nak kuakan duit kerajaan?
aku faham anak selangor ramai, jd bersabarlah jiwa yg sering melakukan kerusakan..

p/s ade alhamdulillah, xde xpe :) rezeki Allah melalui mana2 pintu pun..