"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Thursday, August 11, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 11

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day eleven ramadhan, permulaa fasa 2 ramadhan, tak banyak perkara berlaku hari ni, puasaku dihabiskan dirumah bersama nota-nota yang kembali berselerakan, selsema yang beralih batuk sedikit sebanyak mengganggu kelancaran puasaku, beberapa khabar dari malaysia betapa rindu pada mereka, moga terus tsabat dan itqan menjalani ibadah puasa, esok permulaan yang baru, harap terus teguh dan mujahadah melawan segala anasir-anasir yang menghumban diri ke lembah kehinaan."

aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu
(az-zariyat 51 : 56)

Diary Ramadhan 1432 H 10

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

"day ten ramadhan, telah 10 ramadhan pertama berlalu, apakah statusnya puasa dan amal ku, diterima atau tidak? ingatan kembali menjengah ke sana, rindu pula pada mereka, seperti yang ku jangka ia berlaku jua, aku bingung inikah yang ku inginkan, aku tenang menghadapinya seakan aku berjaya mencipta alasan mengelak dari turun ke medan amal, moga Allah benar-benar memberikan ku pengajaran agar aku benar-benar mengambil iktibar, telinga makin tebal terima masukan, hati makin keras terima teguran, namun jauh dilubuk hatiku ketahuilah, aku sedar dan aku juga ingin seperti mereka yang berjaya, moga ramadhan beri 1001 keberkatan."

sabda nabi saw : dialah (ramadhan) bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.

Diary Ramadhan 1432 H 9

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day nine ramadhan, moga tidurku dikira ibadah buatku, sepanjang hari puasa bagai tiada rasanya kerana sepanjang hari badanku yang sakit dan kurang sihat terus terlantar di pembaringan, hanya bangun sekejap-sekejap bertemu denganNya, beberapa hari permusafiran benar-benar menguji tahap ketahanan ku, moga lebih baik untuk hari esok."

mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dalam setiap amal kebaikan (hr muslim)

Wednesday, August 10, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 8

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day eight ramadhan, hari terakhir, air mata kembali bercucuran, kali ini kerana muhasabah diri bukan masalah diri, ini semua kerja Allah, Dia yang pegang hati permata-permata ku mencampakkan diri ku lebih rendah sebagai seorang hamba. kembali pulang ke desa tercinta yang dirindukan sedari hari pertama ku tinggalkan, namun kembali ku tak membawa rasa lega tetapi rasa tanggungjawab yang tergalas dibahu, moga hari-hari yang dilalui memberi sesuatu walau diawalnya pelbagai mehnah perlu ditempuhi."

ibnu rawaahah ra berkata kepada abu ad0-dardaa ra sambil memegang tangannya "marilah kita beriman sejenak. sesungguhnya hati ini lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"

Diary Ramadhan 1432 H 7

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day seven ramadhan, perjalanan hari semakin baik, puasa seakan tiada lelahnya, esok mungkin pengakhirannya, entahkan sempat bertemu esok entahkan tidak, daku khuatir andai esok telah ku lalui, apakah nasib yang seterusnya. ku mengharap ia bertambah baik di bumi kecintaan ku."

sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)
(maryam 19 : 96)

Diary Ramadhan 1432 H 6

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day six ramadhan, tiada lagi baki tangisan, kehadiran permata-permata ku mengubat rindu, kurang sedikit rengekan ingin pulang ku, sepanjang hari daku berfikir, tiba malam satu jawapan yang ku inginkan lebih penjelasan. azam ditanam tekad dihidupkan, aku akan cuba, puasa dilalui tanpa rasa lelah, hanya padamu ya Allah ku sandar harapan."

dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. sungguh, Allah telah mngadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (at-talaaq 65 : 3)

Diary Ramadhan 1432 H 5

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day five ramadhan, tiada lagi rendaman air mata, hanya sebak yang masih menakung di dada, hari ini lebih baik berbanding semalam, tawa sudah mampu ku luahkan, senyum sudah mampu ku pamerkan, puasa tiada kan terjejas insyaAllah, hanya yang pasti emosi kembali sedikit terganggu bila malam menjelma, tak sabar menunggu hari esok, bertemu permata rinduan hati. kurniakan hari yang lebih baik untuk esok ya Allah andai ku masih punya waktu."

dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, Allah maha mengetahui, maha bijaksana (al-fath 48 : 4)

Diary Ramadhan 1432 H 4

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day four ramadhan, masih berendam air mata, worse than semalam, sampai hati hampir menyerak kalah, mujur ada mereka yang men'counter' agar tetap terus bertahan, hampir semua yang ada di situ bagai tahu aku gundah, manakan tidak kalau terang-terangan tanpa selindung senduku tak tertahan, tak sangka yang kedua bakal menyusul berlarutan sampai sakit kepala. ya Allah dugaan apa yang Kau timpakan padaku, satu per satu perkara tiba dan setiap satu jualah aku tewas menghadapinya, hatta sesimple perkara sekalipun, apakah erti puasaku hari ini? malam ini lebih baik berbanding semalam, kembali pulih sedikit bila bertemu mereka, rupanya hati merengek rindukan keselesaan itu."

boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (al-baqarah 2 : 216)

Diary Ramadhan 1432 H 3

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day three ramadhan, kali terakhir ia merembes laju dan banyak adalah 3 tahun dulu, saat aku dihantar ke matrix, seminggu tak lalu makan, seminggu lebih juga berendam air mata bila ibu dan ayah datang melawat, seakan berat hati melepaskan pergi, namun hai tetap akur kerana aku tahu lambat laun ia pasti terjadi. hari ini mataku basah lagi, betapa rindu untuk aku lepaskan tangisan yang lama terpendam, akhirnya ia keluar jua, tapi sayang bukan pada 1/3 malam terakhir yang sangat daku inginkan, berada di luar zon selesa mengetuk hati untuk menangis, terperanjat dengan situasi berbeza membuat emosi terkadang merengek, apa pun puasa dilalui semakin baik, walau menempuh perjalanan jauh, entah bila hati ini akan merelakan mereka."

berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan derjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (at-taubah 9 : 41)

Tuesday, August 2, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 2

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day two ramadhan, hari dilalui lebih baik berbanding semalam, tanda nafsu semakin terdidik, tiada rengekan, tiada keluhan, walau 15 jam lebih menempuh hari di musim panas, cuma kesihatan sedikit kurang memuaskan, hidung tekak perit menelan liur, bukti cinta Dia pada hambaNya, moga terus bertambah baik."

daripada abu hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(hr nasai'e, ibn majah, ibn hibban dan baihaqi)


Diary Ramadhan 1432 H 1

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
salam ramadhan buat semua, walau jauh dimata tapi rindu tetap dihati. mungkin lewat sehari namun tetap jua daku ucapkan, semoga ramadhan dilalui penuh erti dan diberkati. buat family yang dirindui, baru terasa rindu bila setiap satu wajah mereka ku lihat di fb. baik! lupakan semuanya, daku hanya ingin mencoret pengalaman ramadhan tahun ini.

"day one ramadhan, nafsu merengek bagai anak kecil, bagai tak pernah berpuasa sebelum ini, latihan puasa sunat yang sering dilazimi juga bagai tiada kesan, bukti pemberontakan nafsu keatas penangkapan dan penahanan 'guru'nya yang sangat disanjung.
letih bukan kepalang, panas membahang, tidur yang berpanjang, sungguh rugi diri bila penghayatan seawal 1 ramadhan hilang, namun masih daku ingati rasa melonjak girang malam 1 ramadhan, semangat berkobar ke masjid menunaikan terawih, anugerah ramadhan, rasa cemas dan takut bertemukan esok 1 ramadhan. moga masih sempat daku perbaiki diri."

Abu Hurairah menyatakan : telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud : apabila telah tibanya ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(hr bukhari, muslim, nasai'e, ahmad dan baihaqi)