"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, August 10, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 4

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day four ramadhan, masih berendam air mata, worse than semalam, sampai hati hampir menyerak kalah, mujur ada mereka yang men'counter' agar tetap terus bertahan, hampir semua yang ada di situ bagai tahu aku gundah, manakan tidak kalau terang-terangan tanpa selindung senduku tak tertahan, tak sangka yang kedua bakal menyusul berlarutan sampai sakit kepala. ya Allah dugaan apa yang Kau timpakan padaku, satu per satu perkara tiba dan setiap satu jualah aku tewas menghadapinya, hatta sesimple perkara sekalipun, apakah erti puasaku hari ini? malam ini lebih baik berbanding semalam, kembali pulih sedikit bila bertemu mereka, rupanya hati merengek rindukan keselesaan itu."

boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (al-baqarah 2 : 216)

No comments: