"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, August 10, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 5

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day five ramadhan, tiada lagi rendaman air mata, hanya sebak yang masih menakung di dada, hari ini lebih baik berbanding semalam, tawa sudah mampu ku luahkan, senyum sudah mampu ku pamerkan, puasa tiada kan terjejas insyaAllah, hanya yang pasti emosi kembali sedikit terganggu bila malam menjelma, tak sabar menunggu hari esok, bertemu permata rinduan hati. kurniakan hari yang lebih baik untuk esok ya Allah andai ku masih punya waktu."

dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, Allah maha mengetahui, maha bijaksana (al-fath 48 : 4)

No comments: