"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, January 18, 2012

Perit Cinta Jarak Jauh

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

fuh! bekorut dahi nengok tajuk eh. huhu ado gayo orang nogori tak? hihi~ berbicara tentang tajuk ini huhu ana sendiri tak percaya hee. even nak sebut the word cinta, love, sayang etc pun segan. tapi, demi mu ingin kunyatakan apa yang berbuku diminda(baca=baku). cewah puitis romantis lagi huhu~ actually bukanlah apa sangat pun, tajuk je mungkin over ;)

percaya atau tidak, setuju atau tidak, cinta atau sayang -atau apa sahaja yang disama ertikan dengannya- jarak jauh satu penyeksaan. penyeksaan jiwa! menyayangi orang yang berada jauh sungguh satu yang memeritkan tapi sweet kernana jarak jauh selalunya lebih mengeratkan hubungan. lebih menguatkan kasih sayang dan meneguhkan ikatan ukhuwah yang dibina.

ana percaya, akhwat-akhwat ana, ada yang merasakan begini. sedangkan jarak tempat yang memakan masa 3 jam perjalanan saja sudah membuatkan kita sarat dengan kerinduan pada akhwat, apatah lagi pada akhwat yang jaraknya memakan masa sehari atau dua hari perjalanan. pasti lebih terasa. jangan kata itu saja, akhwat yang tinggal 15 minit dari rumah kita dan even yang sebelah bilik kita pun mampu membuatkan kita gundah gelisah.

ya! ini cinta dan sayang berpaksikan satu nama. dan dengan nama itu jugalah cinta dan sayang ini lahir dan menerbitkan rindu dalam jiwa. moga selamanya hanya kerana satu nama. terkesan dengan firman Allah dalam surah maryam " sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) yang maha Pengasih akan menanamkan rasa KASIH SAYANG (dalam hati mereka) " (19:96)

maha benar firman Allah yang membuktikan sifat rahman dan rahim. sebagaimana yang dikarang oleh amru khalid dalam salah satu bukunya, bismika nahya (dengan namaMu aku hidup), sifat rahman Allah ada 100 dan hanya satu yang Allah kurniakan buat kita di dunia. dan dengan 1 sifat rahman Allah itu, kita mampu untuk berkasih sayang sesama kita. maka dimana lagi 99 sifat rahman Allah yang baki?? Allah simpan di syurga :). bayangkan hanya dengan 1 sifat rahman Allah kita mampu berkasih sayang sesama kita, bagaimana andai kita mampu kecapi 99 lagi sifat rahman Allah. sungguh pasti tak kan ada satu jiwa yang akan tersia. dan moga kita, ana dan antunna mampu kecapi baki 99 rahmat Allah untuk kita lebih berkasih sayang sesama kita dalam membuktikan cinta kita pada yang Esa.

biarlah perit hati menanggung rindu yang menggunung, moga Allah menjaga kita dan menyampaikan rindu kita sesama kita. moga Allah menyampaikan rindu ana pada ukhti ana FILLAH!

tulisan ini hanya untuk menyatakan rasa hati :) buat sahabat di tanah air, anda juga adalah akhwat saya :)

-allahumma ridhaka wal jannah, wana'uzubika min sakhatika wannar-