"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, August 10, 2011

Diary Ramadhan 1432 H 3

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..
"day three ramadhan, kali terakhir ia merembes laju dan banyak adalah 3 tahun dulu, saat aku dihantar ke matrix, seminggu tak lalu makan, seminggu lebih juga berendam air mata bila ibu dan ayah datang melawat, seakan berat hati melepaskan pergi, namun hai tetap akur kerana aku tahu lambat laun ia pasti terjadi. hari ini mataku basah lagi, betapa rindu untuk aku lepaskan tangisan yang lama terpendam, akhirnya ia keluar jua, tapi sayang bukan pada 1/3 malam terakhir yang sangat daku inginkan, berada di luar zon selesa mengetuk hati untuk menangis, terperanjat dengan situasi berbeza membuat emosi terkadang merengek, apa pun puasa dilalui semakin baik, walau menempuh perjalanan jauh, entah bila hati ini akan merelakan mereka."

berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan derjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (at-taubah 9 : 41)

No comments: