"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Tuesday, January 1, 2013

Flashback

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Sana sini orang wish tahun baru 2013. Entah, tak terasa pun dah masuk tahun baru dan tak rasa teringin nak wish atau merasa kegembiraan sambutan tu. Mungkin sebab dah lama duduk kat sini dan tak pernah redha atau beriya-iya dengan tahun baru Masihi sejak kenal semula tahun baru Hijrah. Atau mungkin sebab 2 3 hari ni jugak keadaan diri tak berapa baik, so tak ada mood nak raikan. Lagipun, apa yang boleh diraikan kalau dalam hati sentiasa merisaukan bagaimana sambutan mereka disana? Dengan konsert? Party? Mungkin ada majlis-majlis sambutan Islami, alhamdulillah tapi masih tak mampu redakan rasa gundah dalam hati.

Hadir hari ini, pada 10 minit terakhir 2012 bukanlah untuk bercerita tentang 'Selamat Datang Tahun Baru 2013' atau ' Selamat Tinggal Tahun 2012'. Tapi tergerak untuk rujuk kembali masa lalu. Masa yg membezakan aku dengan sekarang. 'Pandanglah ke belakang untuk memperbaiki diri. Gagahi langkah ke hadapan dengan mengharapkan redha Ilahi'. Itu bunyi status salah seorang penghuni hati sempena tahun baru 2013.

Kalau dulu solat mungkin tungang-langgang. Waktu entah ke mana. Asal solat je, biarpun waktu dah betul-betul kat hujung tanduk. Ingat lagi, kalau solat isya' tu sebelum tidur baru nak solat. Dan bila dah nak tidur tu mula la rasa berat sebab nak solat dulu. Solat pun cukup ala kadar tunggang-tungging 4 rakaat. Habis salam kedua terus bangun lipat telekung sejadah. Doa. Rasa macam tak pernah nak buat kalau tak sebab nak exam atau ada musibah. Wirid, zikir, selawat, tak pernah kenal. Itu belum kira solat yg burn sebab malas dan dan dan. Puasa, mujur ada walaupun sekadar penuhkan sebulan Ramadhan je. Puasa sunat Isnin Khamis, nak exam baru buat. Qiam tahajud istikharah taubat. Tak pernah kenal semua tu. Solat hajat je mungkin, itu pun macam biasa lah, time nak exam je. Sedekah, tilawah, dhuha. Nil. Mathurat memang tak pernah kenal.

Berbeza sekarang. (mungkin). Kalau tak banyak pun, ada la sikit. Solat kalau tak awal waktu rasa resah. Dan sekarang bila terfikir 'eh dah solat ke belum?', mesti akan teringat waktu dulu yg jahil dan bersyukur sangat sebab sekarang solat dah terjaga. Doa, wirid, zikir selepas solat cuba dilazimi agar solat tak sekadar tunggang-tungging macam ayam patuk dedak kat tanah. Puasa sudah makin dilipat gandakan demi mendidik diri agar beriman. Puasa Ramadhan cuba diberi ruh (hayati) sebaik mungkin. Qiam dan komponen-komponennya sedaya upaya dilakukan. Sedekah, tilawah, dhuda dirutinkan. Bahkan tilawah saja sudah mampu mencapai berhelai-helai muka surat berbanding dulu yg nak habiskan 1 2 muka surat pun susah dan tergagap-gagap. Siap kena paksa dulu dengan mummy baru nak baca. Padahal umur waktu tu bukan kecik lagi. Dan mathurat. Antara pencapaian yg menyentuh hati sebab buku kecik mathurat tu Kim yg bagi. Dan ada cerita disebaliknya. Senyum.

Alhamdulillah. Mungkin itu yg lebih wajar aku lakukan sekarang. Bersyukur atas apa yg telah berlaku. Bukan merintih atas ujian-ujian yg Allah timpakan. Ya Allah, lama sudah aku alpa sejak kau temukan aku kembali dengan Mu. Selesa dalam keselesaan yg Kau berikan dan meminta-minta agar diberikan lagi. Ampuni aku ya Allah. Jadikan aku hamba Mu yg mensyukuri setiap nikmat kurniaan Mu.
"Hanya sekejap ku berdiri
Ku lakukan sepenuh hati
Sedih ku ini tak ada erti
Jika Kaulah sandaran hati"
~Sekadar imbas kembali.

1 comment:

Unknown said...

dan semoga kamu sentiasa kuat menghadapinya shill :)