"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Tuesday, March 1, 2011

Ketenangan Milik Allah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

tanggal 1 mac merupakan hari bermakna buat seorang teman yang dikejauhan. sayang aku tak dapat bersamanya dikala ini. dengarkan ini wahai sahabat, nukilan hatiku khas buatmu, dibawah bimbingan tuhan sang pencipta alam.

hampir 10 tahun kita mengikat janji menjadi sahabat selamanya hingga mati. dan selama itu jugalah tak banyak tentang mu yang aku ketahui. apa yang pasti sayangku padamu seluas langit tinggi. sedihmu pada hari ini tak dapat aku ubati. hanya kalam Ilahi penyeri duka sepi.

aku terharu, kerana padaku kau luahkan kata hatimu. entah bagaimana keadaan orang tua mu. terlintas dibenakku pasti mereka lebih sarat merindu. mungkin difikiranmu mudah untuk aku berbicara. tapi percayalah wahai sahabat, aku cuba merasa apa yang kau rasa. supaya kau tahu aku sangat cakna tentang keadaanmu.

temanku "setiap yang bernyawa akan merasakan mati" (al-ankabut : 57) begitu juga kita. kau dan aku, sama-sama akan merasakannya. cuma yang beza, bila, dimana dan bagaimana ajal itu akan datang dan merenggut nyawa kita.

begitu yang berlaku pada nendaku. nafas akhirnya dihembus bersama-sama tiub yang membantunya bernafas. diatas katil, lemah tak berdaya. disaat aku sibuk dengan urusan duniaku yang entah kan menjadi bekal atau beban di akhirat kelak. tak sempat melihat wajahnya. tak sempat berada disisinya apatah lagi merenung dan berbicara dengannya. apa yang pasti doa yang dikirimkan, sebagai tanda ingatan, moga bertemu di syurga kelak.

sahabatku "Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan mereka(yang telah ada). dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (al-fath : 4) diwaktu sedihmu. aku turut bersedih kerana aku tak bisa menenangkanmu dan meleraikan kesedihanmu. tapi satu perkara yang aku yakini, sebanyak mana aku memikirkan tentang mu, lebih banyak Allah mengingatimu. mohonlah ketenangan daripanNya. mintalah Dia menyampaikan rasa rindumu pada kakak kesayanganmu dan mohonlah padaNya agar rohnya dicucuri rahmat dan menemukan kalian di syurga abadi. moga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya serta tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhaiNya.

Allahu'alam.


No comments: