"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, April 22, 2009

Sekadar Perkongsian Buat Semua

sangat best bile tebace catitan nih..
sebenarnye ade lagi ateh2 die..
cume amik ayat ni sb kate2 nye indah..
dan kosa kata nye sangat menarik hati..
mudah difahami dan menyentuh hati..
lantas membangkitkan rase dijiwe utk mengarahkan neuron dalam kepala utk bertindak..
bertindak utk memikirkan betape mendalam nye maksud yg disampaikan..
bertindak utk memikirkan ape tindakan yg harus dilakukan..
krn sesungguhnye ape yg di coretkan sgt wajar diambil iktibar dan ibrah dari nye..
alhamdulillah krn digerakkan hati olehNya utk memasuki blog yg terdapat catitan ini..
dah lame sebenarnye nak masuk tp asyik bertangguh..
pagi ni dgn rahmatnye..tercapai juge..dan rupenye Dia nak menegur..
alhamdulillah atas teguranNya..
sgt aku tgu..jadi hayatilah..

"....
ALLAHU AKBAR

Tenang… kecamuk jiwa beroleh damai. Kekusutan fikiran mula terungkai membentang jalan. Janji Allah bahawa zikir kepada-Nya menganugerahkan rasa tenang, kini aku benar-benar tenang. Allahu Akbar!
Indahnya hidup berTuhan. Sentiasa ada sumber sandaran. Sandaran yang mencetuskan keyakinan. Keyakinan yang menyuntik kekuatan. Kekuatan yang menjadikan aku manusia miskin yang bangkit menuju kejayaan.
Allahu Akbar!
Maha Besar dan Maha Agungnya Dia, mengatasi segala-galanya.

Sesungguhnya ZIKIR hanya mendatangkan tenang, apabila ZIKIR datang dengan FIKIR.
FIKIR yang mendatangkan kejayaan, hanyalah FIKIR yang datang dengan ZIKIR.
Itulah kehebatan aku sebagai Mukmin. Manusia ajaib yang tidak pernah berperasaan buruk terhadap kehidupan, kerana baik sangkanya dia kepada Tuhan.

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN."

p/s kalo nak paragraph lengkap boleh g kat link, click saifulislam, cari post tajuk 'Zikir yg berhajatkan Fikir'..

2 comments:

Adam said...

ea2.. stuju..
Allah is everything.. The shoulder4 us 2 cry, 2 ask 4 anything.. Jiwa kn tenang bile mengingati Allah..

Naas Yusof said...

yep..insyaAllah dgn izinnye..