"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Saturday, December 31, 2011

2012

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..



ana melihat jam, waktu mesir. hanya beberapa jam sahaja lagi yang tinggal untuk tahun 2011 mesir melabuhkan tirai. dan semestinya di malaysia telah berlalu beberapa jam memasuki tahun baru 2012. takut. takut ana membayangkan apa persiapan sambutan mereka. lazimnya countdown dan konsert-konsert. dan lebih teruk jika mengimbau kembali tahun-tahun lepas, tahun barunya disambut dengan bergelimpangnya botol-botol arak dan perkara-perkara yang memalukan dan jijik. maksiat-maksiat yang diraikan atas dasar sambutan tahun baru. dan macam-macam lagi yang ana sendiri takut untuk mengingat kembali. dan bertambah takut membayangkan bagaimana sambutan tahun ini yang nyata tahap moralisme anak-anak muda terutamanya, berada di tahap yang membimbangkan.

alangkah indahnya andai malam sambutan tahun baru kita sambut dengan sujud yang panjang memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan dan memanjat syukur kerana masih diberi peluang untuk terus menghirup udara tanpa perlu kita bayar sesen pun! alangkah indah andai budaya ini menular dalam masyarakat kita di malaysia khususnya dan bertambah indah andai dalam diri setiap syabab itu tersemat satu kefahaman jelas tentang tujuan dan peranan mereka diciptakan.

ana mengimpikan adik ana, kakak ana, anak-anak muda di luar sana, untuk mereka faham apa yang ana faham. untuk mereka merasakan apa yang ana rasakan. bahkan ana mengimpikan untuk mereka menjadi lebih baik dari ana kerana sesungguhnya ana ingin bersama-sama mereka di jannah kelak. dan tanggungjawab itu -dalam memahamkan mereka apa yang ana faham- perlu dipikul oleh seorang syabab yang mengetahui dan memahami hakikat kehidupan. dan dalam konteks ini, ana mengajak diri ana untuk tanbih dan cakna tentang peranan ana. dan ana mengajak syabab-syabab di luar sana yang mengetahui dan memahami hakikat kehidupan itu untuk sama-sama bergerak mengislah angota di keliling antum yakni adik-adik antum, kakak-kakak antum, abang-abang antum dan pemuda-pemuda di luar sana yang mampu antum gapai.

khilafah itu takkan tertegak tanpa pembinaan jati diri yang mantap dalam diri setiap individu. dan dalam usaha mencapai kemantapan jati diri dalam setiap individu khususnya syabab, memerlukan kepada sesuatu yang dinamakan sebagai TARBIYAH. didikan yang menyeluruh yang mampu mengislah diri dan keliling. ana percaya kepada tarbiyah ini yang mampu membentuk peribadi-peribadi yang qawi ruhi dan jasadi, sebagaimana sirah yang telah membuktikan bagaimana Rasulullah saw mentarbiyah para sahabat hingga mampu menakluk kerajaan parsi setelah kewafatan baginda.

betapa penting untuk kita melihat kembali kepada sirah terdahulu dalam meniti kehidupan mendatang kerana sirah mengajar kita untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, juga mengajar kita mengulangi kejayaan yang sama bahkan lebih hebat. dan dalam memahami tarbiyah itu perlu kepada PENGORBANAN dan KERELAAN.

cabaran dan ujian sudah pasti menanti. semoga Allah membimbing ana dan antum dalam meniti jalan-jalan yang kita cintai untuk memimpin insan-insan yang kita sayangi, sehingga suatu hari nanti sambutan tahun baru kita raikan dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk.

selamat bangun QIAM :)
wallahu'alam

No comments: