"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Wednesday, December 7, 2011

Rindu 'Memburu'

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

dengan nama mu ya Allah aku memohon sampaikan rasa ku pada mereka si pemburu, yang banyak membimbing, mengajar dan melayani kerenah ku. atas rahmat mu ya Allah, kau perkenankan daku untuk merasai nikmatnya sebuah perhubungan. dan kerana sifat mu ya Rahman kau tidak sekali meninggalkan aku kelemasan. kau hadirkan dirimu dalam jasad hambamu, mengusap lembut hati yang sayu dengan taujihat yang membasah kalbu. kau zahirkan rasa sayang dan ambil beratmu melalui khabar yang sering ditanyakan ukhti ku. kau satukan semangat yang hampir hancur dengan pautan bahu yang menggenggam erat. kau padukan hati yang hampir lebur dengan ikatan FILLAH. kau yang maha Agung tak pernah meninggalkan hambamu!! panjangkan usiaku bertemu mereka, melepas rasa yang berbuku dijiwa.

No comments: