"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Thursday, December 15, 2011

Loosing Grip

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim-

semakin sembuh sakit yang entah apa puncanya. dibiarkan sepi menyembuh sendiri walau masih terbayang dan menghantui. takut. takut kalau-kalau ia kembali lagi. biasanya memang begitu. logik. sakit yang tak tau punca, mana mungkin dapat dirawat punca. maka hanya symptom yang dirawat, penyakit bakal berulang.
-selingan-

semalam tengok video krim dengan housemate yang ter..tut..tut :). lama ku teliti wajah-wajah mereka. dan ku tersedar, " dah tua rupanya diri ni.." serasa bagai baru melangkah kaki di bumi barakah ni. fresh, lepasan spm yang hanya sempat menghabiskan satu sem di matrik perak, kmpk. rupanya sudah hampir 4 tahun berkelana sendiri di bumi orang. mengaut pengalaman yang berbagai rasa.

minggu ini dijalani dengan penuh kegelapan. entah mana hala tujuan. jalan dititi penuh kesamaran. semangat luntur emosi bercampur-baur. iman hilang dalam sayup malam. terbit penyesalan atas sebuah tindakan yang bakal ditayang dan dipertanggungjawabkan di mahsyar kelak. bertambah koleksi video yang membunuh. Allah maha teliti. takkan disiakan walau sedetik. baik mahupun buruk. terngiang suara ukht menambah garam pada luka.

" and now as beneath the sod
they play with my record flawed
they cry not knowing i cry worse
for they go home i face my god "
semakin tercemar sejarah pentarbiyahan. semakin kotor dek kelemahan diri. hati hanya meraung minta diubati. jauh dari Allah punca kejahilan hati. hanya minda yang galak berfikir. memandu jasad menyusuri lorong-lorong kehidupan. tapi, jasad tanpa hati, apakah hidup ada erti? azam ditanam setiap hari. membenih positif mengaburi kesalahan diri. menangkis ego membantahi Ilahi.

" i can't stand to fly
i'm not that naive
i'm just out to find
the better part of me "

aku ingin lepas. aku ingin bebas. dari belenggu diri menyesakkan hati. tiada ruang untuk bernafas. tiada tempat melepas amarah. apakah segala timbunan yang bertimpa punca sabar tak terbatas lagi? aku ingin sabar. dengan secantik-cantik sabar. namun aku tewas tanpa pengawalan iman. mencipta ruang syaitan menguasai diri memberi peluang nafsu mengangkat diri. tetap tertanam dalam memori takkan dapat dipadam lagi. lantas menghukum diri cuba membersih hati. terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa, terlajak tindakan penyesalan menghantui jiwa.

" why should i care
coz you weren't there when i was scared
i was so alone
you, you need to listen i'm starting to grip
i'm losing my grip and i'm in this thing alone"

munajat di panjat mengharap keampunan. memutih hitam hati. menjernih keruh jiwa. jangan terlepas pegangan jangan terjerumus penyesalan. azam di tanam lagi. tekad di benih lagi. iman diperkukuh lagi agar akhlak lahir mewakili diri. harapan menyubur kembali. mengharap redha Ilahi. mengharap kesalahan layak dimaafi.

-LUTSINAR-
(55:22-23)

No comments: