"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Saturday, March 9, 2013

Head Up!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Head up! Teruskan berjalan..

Semalam pergi ziarah kawan-kawan, mana tau dapat pulak berita gembira. Ya gembira. Lantas teringat pada cerita duka itu. Tak. Tak lah seduka mana. Sekadar sentakkan untuk pulang semula ke tempat asal. Ya tempat asal.

Betapa telah terlalu jauh diri ini berjalan. Berjalan di bawah terik mentari yg menyegarkan. Namun perjalanan itu tetap tercemar oleh hati yg cuba berselindung melakukan perkara tanpa izinNya. Hati yg sanggup mengotori perjalanan itu. Sangkanya ia pasti dapat berselindung dari perkara itu, tapi ia lupa tiada apa yg dapat lari dari pengetahuanNya.

Ya, hati itu tahu tak sewajarnya ia begitu. Maka dikerahkan segala tenaga untuk menjauhi perkara itu. Namun setiap kali jua ia jatuh kecundang. Sehingga sampai hari yg ditetapkan, maka Dia memberikan jawapan pada doa yg sering diadukan agar hati itu bisa kembali tenang dan meniti jalan yg disinari mentari ini tanpa rasa-rasa yg mengganggu.

Jawapannya telah pasti, dan ia bersyukur atas itu, tapi apakah ia mampu untuk hadapi hari-hari nanti?? Buat masa sekarang, mungkin. Mungkin rasa lega itu dapat dirasakan, lepas satu masalah. Tapi akan datang?? Hanya mengharapkan bimbingan dari Tuhan.



~hanya boleh terus berjalan tanpa henti

No comments: