"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Thursday, March 7, 2013

Biasa

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Nak tulis. Dah lama tak tulis. Nak tulis, tapi apa asasnya?

Saya ada seorang kawan. Kami sama bersama dalam satu perkumpulan. Perkumpulan yg diadakan pada setiap minggu. Saya bersama dengannya sudah beberapa ketika. Minggu lalu kami bertemu lagi bersama beberapa kawan yg lain. Dan ada di antara kawan kami berkata sesuatu yg menyentak diri saya. Saya tak sangka perasaan yg kami rasa sama. Dan saya mendoakan dalam diam agar dia kuat untuk menghadapinya.

Dan baru-baru ni saya terima lagi kenyataan yg menyentak jiwa saya. Tapi saya ambil tak endah dan letak tepi kerana saya tahu apa yg akan saya lalui. Biarpun perit dan pahit saya tetap perlu hadapi. Sekali lagi. Untuk yg entah ke berapa kali. Tapi yg pasti ini adalah yg terakhir akan terjadi. Diri bagaikan dah lali sampai malas nak ambil endah. Cuma hati terus berdoa semoga Allah terus memberi kekuatan untuk melalui nanti. Walaupun selepas itu dinyatakan kata 'mungkin' dan 'kita tak tau lagi, mungkin'. Tapi pada saya, tiada mungkin. Kerana sebelum ni pun dah jadi perkara yg sama. Kata mungkin juga yg keluar diakhirnya sebagai mengendurkan sedikit keadaan yg agak tegang. Dan kerana saya tahu memang tiada 'mungkin' dan ia memang tetap akan berlaku.

Maka saya persiapkan diri agar saya tak ter'over nanti sedangkan saya bukanlah sesiapa pun. Dalam kumpulan baru kami ni saya yakin harapan dia besar terhadap kawan-kawan yg lain. Tak dinafikan pasti ada juga harapan buat diri saya tapi saya bagai sudah tahu di mana duduk saya. Dan saya sendiri kenal dan tahu prestasi saya sendiri. Dan saya tak meminta lebih lagi seperti yg pernah saya minta sebelum ni. Saya cuma harap dan membiarkan ia berlalu seadanya seperti apa yg dah ditulis Allah.

Allah, Kau kuatkan hati hambaMu ini yg dengan sepenuh hatinya sangat ingin berdiri menjulang namaMu tinggi. Beri kekuatan buat mereka yg tanpa jemu berusaha untuk bertahan. Dan kekalkan dan teguhkan dia dan saya di atas jalan yg Engkau redhai.

Hari akan berganti minggu. Mengira detik ia berlaku.

~perasaan mixed

No comments: