"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Friday, December 21, 2012

Realiti

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Cuaca sejuk, udara nyaman, andai dibuka luas tingkap menderu hawa dingin menyapa tubuh yg berbalut sweater dibawah lapisan bubble vest. Indah. Menyingkap perjalanan hidup yg hampir separuh dekad di negeri orang. Bukan sebarangan negeri. Negeri indah penuh sejarah, luka dan darah. Ditemani 'Paperclouds', jari memulakan langkah. Berpencak diatas keyboard sambil berhati-hati mencari rima agar buah pencak yg dihasilkan tidak sumbang. Cukup bunga pembuka, mari teruskan ke medan bicara. Senyum.

Sekali-sekala berjalan di laman sesawang mencari ruang melepaskan lelah diminda. Sambil minda menerawang terbang entah ke mana, mata pula berlegar di ruang berhampiran. Mencari kerehatan juga barangkali. Namun tidak jauh dari minda kerana mereka tak mungkin dapat dipisahkan. Senyum. Maka bertemu si mata dgn si dia yg membuatkan minda kembali bekerja. Senyum tak putus, hati melonjak gembira. Bertemu kembali sahabat handai lama bergembira dimajlis perkahwinan salah seorang daripada mereka.

APA!!! Jantung berdegup pantas, darah mengalir deras minda kembali bercelaru. Ini bukan tipu. Setiap laman dibuka mencari bukti buat penenang jiwa. Dan, benda lain pula yg terjumpa. Apakah ini?? Betulkah dunia itu terlalu kecil? Minda galak bertanya, jantung masih pantas berdegup juga. Teruja. Excited. Bagai "killing two birds with one stone". No! Three, maybe. Senyum.

Laman-laman ditutup, hati diajak bertenang agar fikiran mampu berfikir dengan waras. Senyum. Sedar tak sedar, rupanya selama ini aku lupa, kehidupan hari-hari bergerak kedepan dan takkan pernah mundur ke belakang. Umur semakin meningkat, usia semakin tua, ajal semakin tiba. Senyum. Pernah difikirkan bagaimana kami akan berakhir atau mungkin bagaimana kehidupan nanti. Tapi tak pernah aku fikir perkara ini benar-benar akan terjadi.  Senyum. Senyum aku memikirkan usia aku tak mustahil akan melalui fasa-fasa hidup yg baru. Dan senyum bila memikirkan diri ini tidak lagi bersendiri mewakili kelompok sahabat kami di atas jalan tarbawi ini. Senyum. Hati rasa lapang seketika di balik keresahan yg melanda. Syukur. Hati terus bersyukur kerana mereka juga di dalam sampan yg sama. Moga terus tsabat.

Hati melonjak girang, terasa ingin berjumpa. Menebar cerita-cerita dan pengalaman yg ditimba. Pasti berbeza jalan cerita tapi pasti juga rencahnya hampir sama. Hidup di luar dari lingkungan masyarakat yg sama, yg jauh dari kebiasaan-kebiasaan yg memikat jiwa. Akhirnya membawa kita pada jalan yg sama. Jalan menuju Allah yg Esa. Dan tak sangka kita juga berada dibidang yg sama, yg menjadi bahan bakar tambahan yg menghangatkan bara semangat. Semangat untuk terus berjuang meraih kembali impian dan cita-cita yg hampir padam apinya dek kerana lemahnya jiwa menanggung ujian. Inilah transisi. Allahumma tsabitna..

Ini, tempat bermula perhubungan kami.
~Regards, mansoura, 21 12 12 2218 R

No comments: