"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Saturday, March 6, 2010

Lau Kana Bainana??

..in the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful..

26 /2/2010
lau kana bainana ya Rasulullah
lau kana bainana ya Rasulullah
seandainya engkau dengan kami ya Rasulullah
pastinya umat tak seperti yang ku lihat sekarang
pastinya aku bukan aku sekarang
air mataku menitis mengenangkan ketiadaanmu
rinduku padamu seakan ingin ku pamer pada seluruh umat mamusia

lau kana bainana
impian seluruh umatmu, ya Rasulullah
impian setiap jiwa yang mencintaimu
aku rindu padamu ya Rasulullah
mengapa sukar aku menerap sunnahmu dalam kehidupanku
mengapa mudah aku mengeluh
sedang kau tak pernah mengaduh tatkala dilempar batu oleh penduduk Thaif
tak pernah kau rasa jenuh walau berkocak darah dalam sepatumu
jauh sekali kau berputus asa atas caci maki kaum kufar

sungguh kaulah teladan umat
mengapa sukar mereka mencontohimu
mengapa sukar aku mengambil iktibar dan pengajaran dari kisahmu
ya Rasulullah, aku telah mngecewakanmu
kami telah melukaimu
masih adakah peluang untuk ku mengubah keadaan ini
menjadi orang yg pertama mempertahankanmu
menjadi orang yang terdahulu dalam mengikuti sunnahmu

ya Rasul kekasih Allah
impianku kini satu
melihat wajahNya dan senyummu dengan redhaNya..



p/s cinta PERTAMA...cinta UTAMA
cinta UTAMA...cinta PERTAMA

LAU KANA BAINANA!!

No comments: