"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Saturday, January 2, 2010

Letih Menggapai Cintamu

assalamualaikum wbt..

letih menggapai cintamu..
terlalu banyak cabaran dan saingan..
aku yg entah siapa ini, sukar memenangi cintamu..
kerana terlalu banyak kekurangan dari kelebihan yg boleh menambat hatimu..

..letih menggapai cintamu..

indah terasa, memburu cintaNya..
walau penuh liku dan cabaran melebihi segalanya..
kerana aku pasti akan cintaNya yg pasti..
semakin aku mengejarNya, semakin banyak onak dan rintangan..
tapi semakin dekat cintaNya ku rasa..
berbanding cintamu yg terlalu tinggi melebihiNya aku kira..
sedangkan cintamu hanyalah serendah-rendah cinta tanpa cintaNya..

sungguh aku menzalimi diriku demi meraih cintamu..
sungguh aku menghinakan diriku demi memburu cintamu..
bukalah mata wahai diri yg sering alpa!
kejarlah cintaNya berbanding cinta dia..
dia juga tak bermakna tanpaNya..

nukilan 24 Disember 2009, 12:27 am

p/s cintamu teman..hanya sengsara yg menanti..
..tapi..
cintaNya ilahi..keindahan yg pasti..

8 comments:

nur farahin ramli said...

cinta pdNya hingga ke akhir hayat..
cinta pada keluarga xkn pernah pudar..
cinta pada sahabat xkn hilang slagi hayat dkndung badan...
xkn pnah tpisah dari ingatn slagi akal waras utk bfikir kunggulan penciptaNya....
sntiasa segar dalam ingatan walau dimana pn berada...

Naas Yusof said...

wahh!!!bro..rindu sama bro!!
yup betul kate bro..
wahhh bro pon pandai bermain kate ye skrg..
hihi..tp bukan bro mmg hebat ke??
hehe..
syg pd teman cukuplah sekadar yg mampu membawa kita merasai jannahNya..

Unknown said...

andai ESOK nafasku terhenti,
ingatilah detik terakhir diri ini,
andai ESOK nadiku mati,
maafkanlah kesalahan diri ini..
hanya SATU yang perlu awak tahu,
saya gembira mengenali kamu shill...

Naas Yusof said...

ida!!!lama sudah x dgr cerite..
mintak maaf mungkin shill jugak
kot yg salah sb bz sangat T_T
shill gembira kenal kamu jugakk!!^_^

Anonymous said...

"jangan pernah rasa MEMILIKI..Nanti cemburu tidak berlagu..jangan pernah rasa DIMILIKI..Nanti sayu jenuh menunggu"

Allah aku mohon cinta untukMu dan cinta untuk RasulMu serta cinta orang yang mencintai keduanya..

Allah izinkan aku menjadi peneman di sepanjang perjalanan hidupnya.

Naas Yusof said...

salam uhktiutmuda,,
salam perkenalan..
siapakah gerangan??^_^

Anonymous said...

gerangan yang suka berangan..ana siswi ~

Naas Yusof said...

ohh kamukah orangnye..
waaaaa!!!!saye nak lariii...malu...