"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Saturday, April 23, 2011

Thaurah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..


mengimbau kembali kenanganku bersama satu peristiwa yang banyak mengajar aku erti kekuatan shabab, ini rasa hatiku.

tanggal 26 january 2011, kebanyakan student dah pun habis exam midterm dan final sem mereka. begitu juga aku. habis exam tanda bermulanya winter break tahun ni. tak banyak yang aku plan untuk cuti musim sejuk tahun ni. cuma menghabiskan masa dirumah sama macam tahun-tahun dulu. pretty boring huh? well that's me. and a few things yang aku perlu pertimbangkan sebelum boleh pergi melancong ke mana-mana seperti mereka yang merancang ke turkey, jordan, syria dan macam-macam tempat lagi atau menjelajah bumi misr yang dah hampir 3 tahun aku diami atau pulang ke malaysia. biarlah dikatakan boring atau boring, hanya Allah yang tahu asbabnya.

so, winter break yang dull yang dirancangkan rupanya bertukar sesuatu yang sangat indah. beberapa hari selepas exam habis dan sebelum sempat sahabat melaksanakan plan-plan meraka, kerajaan misr menguatkuasakan curfew dari pukul 6 petang hingga 7 pagi kalau aku tak silap. persatuan pelajar mula mengeluarkan pekeliling keselamatan khas buat student malaysia di misr. keadaan malam senyap sunyi walaupun di kawasan yang lazimnya sibuk.

hari berganti hari. malam dan siang tak pernah berhenti. curfew di panjangkan bermula 4 petang hingga 10 pagi kalau tak silap. tapi seingat aku, kami cuma berpeluang berada di luar rumah lebih kurang 5 atau 6 jam sahaja pada siang hari. kami mula kebosanan. dengan internet yang on off dan talian telefon yang tak berapa nak baik. kerisauan kami hanyalah bilamana tak dapat inform family tentang keadaan kami di sini yang selamat dan cukup makan malah terlebih lagi. nak study memang tiada mood, lagi-lagi baru lepas exam.

jumaat kedua atau ketiga aku bersengkang mata menahan ngantuk siang hari semata-mata nak streaming al-jazeera live dari medan tahrir. muzaharat seterusnya untuk menggesa pemimpin zalim misr letak jawatan dirancangkan selepas solat jumaat. tak dapat turun pun takpe lah, sekurang-kurangnya dapat participate dari rumah (betapa pengecutnya aku rasakan). tak dinafikan bila mula-mula dengar cerita tentang muzaharat ni, aku gembira dengan sedikit duka. gembira kerana rakyat arab misr bangkit menentang kezaliman pemimpin mereka menandakan sesuatu bakal berlaku. duka kerana, andai aku tak berkesempatan pulang adakah ibu ayah mengampuni segala dosa ku pada mereka?

desas-desus kerajaan malaysia tentang ops piramid tak aku endahkan. aku merasakan keselamatan masih terkawal seandainya semua orang mematuhi segala arahan yang dikeluarkan kerajaan misr dan persatuan pelajar. cerita-cerita yang di exaggerate oleh media-media tempatan malaysia sedikit sebanyak menimbulkan rasa geram di hati. hanya pada Allah ku mengharapkan untuk memujuk hati ibu ayah yang dikejauhan.

akhirnya tiba saat evakuasi. aku dan saudara-saudaraku masih sukar mempercayai. kami cuma turuti. dan memohon pada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kami kerana 'melarikan diri'.
hanya Allah yang tahu betapa kami juga ingin turut serta andai tiada halangan.

dan Allah lah sebaik-baik perancang. setelah 3 hari berkampung di iskandariah semata-mata untuk tunggu turn flight yang akan mengevakuasi kami dari misr ke jeddah, aku hanya bisa melambai saudara-saudaraku pergi dengan hati yang berkecai. kecewa kerana aku perlu meninggalkan mereka menghadapi satu lagi penantian di jeddah sana. aku tahu, tanpa aku mereka tetap boleh melaluinya. mereka lebih hebat berbanding aku. cuma aku sedih bilamana memikirkan, apakah aku masih belum layak atau setaraf dengan mereka untuk sama-sama merasai kesusahan dan pengalaman yang sama. ini kali kedua aku terpisah dari mereka. dan ketiadaan ku bersama mereka sangat aku kesali kerana aku merasakan seperti aku seorang backstabber. arghh! iman ku sangat rapuh. hampir saja aku menyalahkan takdir yang menimpaku. aku di tahan oleh pegawai airport kerana masalah passport. mujur masih berbaki saudara-saudaraku menenangkanku sebelum mereka juga turut pergi bersama penerbangan terakhir itu. dan mujur masih ada seorang sahabat yang punya masalah yang sama. bukankah Allah itu Maha Penyayang, tak ditinggalnya aku sendirian untuk pulang ke mansurah menguruskan passport yang bermasalah.

"jangan kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." (at-taubah 9 : 40)

akhirnya aku tiba di malaysia dengan penerbangan sendiri menaiki gulf air. lebih awal berbanding saudara-saudaraku. bertemu ibu ayah yang hampir 3 tahun aku tinggalkan.

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ar-rahman 55 : 13)

setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang.

and now aku sudah di misr kembali, menyambung pengajian yang tertangguh. dan masih berbaki penyesalan kerana tak bisa bersama saudara-saudaraku dan tak dapat nak menjejak kaki di jeddah, bandar dimana para jemaah haji dan umrah berniat. bandar yang hanya beberapa jam jauh dari makam kekasih agung, Muhammad saw.

lastly, sedikit rasa dariku tentang muzaharat dan thaurah yang berlaku.

rakyat misr kini nampak lebih gembira. entah mengapa dan bagaimana aku menilainya tapi aku dapat rasakannya. walau masih berada dibawah pemerintahan tentera sementara menunggu pemerintahan yang baru, rakyat misr kini sudah berani menyuarakan rasa hati mereka.
revolusi misr baru, benar-benar memberi kesan pada mereka terutama golongan as-shabab atau ar-rigal mereka. sesungguhnya si penggoncang dunia adalah dari golongan pemuda!

dan semakin bertambah rasa sayang dan rindu pada tanah yang telah menjadi rumah kedua ku. sayang rasanya untuk meninggalkannya nanti. tanah kelahiran para anbiya', para salafu salih dan para ulama'. tanah yang sama-sama berkongsi langit para mujahidin dan para syuhada' di negara jiran. tanah yang menemukan semula si hamba dan sang penciptaNya.

wallahu'alam.

dictionary :

shabab - pemuda
muzaharat - demostrasi
thaurah - revolusi

p/s sory miss ida atas kelewatannya



long live ya misr!!
pertama kali melihat video ini, hatiku sebak. tak ku sangka tanpa ku pinta air mata mengalir membasahi pipi. sedaya upaya cuba ku sorok wajah dari terlihat oleh saudara-saudaraku yang lain. makin ku bendung makin bertakung. akhirnya ku tertunduk. betapa kuat semangat mereka dapat ku rasa. namun sayang bukan aku yang menjadi sebahagian dari perjuangan mereka. pertama kali mendengar pemimpin zalim itu akhirnya akur pada kehendak rakyat, aku tak ingat aku sujud menandakan kesyukuran.

lirik صوت الحريه di sini

No comments: