"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-
Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Ketenangan Milik Allah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

tanggal 1 mac merupakan hari bermakna buat seorang teman yang dikejauhan. sayang aku tak dapat bersamanya dikala ini. dengarkan ini wahai sahabat, nukilan hatiku khas buatmu, dibawah bimbingan tuhan sang pencipta alam.

hampir 10 tahun kita mengikat janji menjadi sahabat selamanya hingga mati. dan selama itu jugalah tak banyak tentang mu yang aku ketahui. apa yang pasti sayangku padamu seluas langit tinggi. sedihmu pada hari ini tak dapat aku ubati. hanya kalam Ilahi penyeri duka sepi.

aku terharu, kerana padaku kau luahkan kata hatimu. entah bagaimana keadaan orang tua mu. terlintas dibenakku pasti mereka lebih sarat merindu. mungkin difikiranmu mudah untuk aku berbicara. tapi percayalah wahai sahabat, aku cuba merasa apa yang kau rasa. supaya kau tahu aku sangat cakna tentang keadaanmu.

temanku "setiap yang bernyawa akan merasakan mati" (al-ankabut : 57) begitu juga kita. kau dan aku, sama-sama akan merasakannya. cuma yang beza, bila, dimana dan bagaimana ajal itu akan datang dan merenggut nyawa kita.

begitu yang berlaku pada nendaku. nafas akhirnya dihembus bersama-sama tiub yang membantunya bernafas. diatas katil, lemah tak berdaya. disaat aku sibuk dengan urusan duniaku yang entah kan menjadi bekal atau beban di akhirat kelak. tak sempat melihat wajahnya. tak sempat berada disisinya apatah lagi merenung dan berbicara dengannya. apa yang pasti doa yang dikirimkan, sebagai tanda ingatan, moga bertemu di syurga kelak.

sahabatku "Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan mereka(yang telah ada). dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (al-fath : 4) diwaktu sedihmu. aku turut bersedih kerana aku tak bisa menenangkanmu dan meleraikan kesedihanmu. tapi satu perkara yang aku yakini, sebanyak mana aku memikirkan tentang mu, lebih banyak Allah mengingatimu. mohonlah ketenangan daripanNya. mintalah Dia menyampaikan rasa rindumu pada kakak kesayanganmu dan mohonlah padaNya agar rohnya dicucuri rahmat dan menemukan kalian di syurga abadi. moga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya serta tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhaiNya.

Allahu'alam.


Saturday, April 3, 2010

Untukmu Teman

..Dengan nama Allah, ar-Rahman ar-Rahim..

semalam lepas makan malam, tetibe rase nak belek notice board sebelum duduk n sambung study..
belek punye belek, mate tertarik pada satu sampul berisi kad yang dilekat..
tertera di depan sampul :

Khas 4 :
Cik N.. A......

bibir terus mengukir senyum sambil tangan berhati2 menanggalkan thumb tack yg melekatkan kad pada notice board..
sambil diiringi imbauan kenangan dulu, sampul di buka..
sekeping kad raya tahun 2008 utusan seorang teman ditarik keluar..
setiap bait di bace dengan penuh rase kerinduan..
senyum yg dah lame tak terlihat apatah lagi wajah redup yg terpancar disebalik kepetahan bercakap..
tingkah lucu dan ala2 kepoh terbayang di minda..
"orang pertama tegur di KMPk ni terasa sekejap sahaja Allah pinjamkan kegembiraan tu.."
antara bait terakhir yg seakan tak pernah di bace sebelum ni..
pilu hati seketika mengenangkan tiada ape yg pernah dilakukan untukny..
rase serba salah menyelubungi jiwa, hanya die yg sering mengutus khabar sebegini walau kini beribu batu terpisah direntasi lautan..
rase malu kerana diri ini tak pernah cube untuk memainkan peranan sebaikny..
khabar di kirim hanya melalui sms ringkas yg sebulan sekalipun belum tentu berhantar..
setiap titis air mata yg bercucuran sebolehny tak di lupakan..
kerana itu hadiah paling berharga di terima dari seorang teman..
apatah lagi yg hanya baru beberapa ketika mengenali..'
sesungguhny Allah yg menyatukan hati2 kita..
semoga ukhuwah kite kekal keranaNya..

dedikasi ini untukmu..
maafkan aku andai bukan ini yg menjadi senandung kite bersama dulu..
hanya ini yg ku temui sebagai petunjuk pada persoalan ku selama ni..
maafkan aku kerana gagal mengingati sebahagian besar waktu kita bersama..
maakan aku kerana tak mampu mengenangny seperti mana kau..
"Bro!!" hanya ini yg sering meniti di bibir sebagai mengingati mu di samping beberape pemberian mu..

salam sayang bersulam rindu..
salam ukhuwah beserta I love U..

Uhibbuki Fillah Abadan Abada
..Nur Farahin Ramli..


p/s semoga bro happy selalu..~_^

Wednesday, March 31, 2010

Petanda Kita Jauh DariNya Kerana 'dia'

salam..

sambungan..

"a friend is the one whom brings us togather to jannah, not the one whom take us away from al-khaliq"-JD

tanda2 :
  1. setiap ape yg dilakukan berniat krn Allah..namun dalam x sedar hati tertanye2.."agak2, 'dia' rase ok ke ni?"
  2. setiap ape yg dilihat sepanjang perjalanan seperti angin yg berhembus pergi..x bermakne..yg dilihat hanyelah 'dia' (ni mmg tahap kronik!)
  3. setiap keputusan inginkan suare dari 'dia' dan untuk kebaikan 'dia'..
  4. setiap perkare pasti 'dia' terlintas dulu sebelum org lain..
  5. mudah terguris bile 'dia' melakukan sesuatu yg kadang2 kecik je..
  6. dan sebagainye carilah sendiri ni yg sempat di cari dari kamus serba guna / multipurpose NAAS..~_*
**pendek kate sume yg berkaitan 'dia'

solusi :
cadangan dari encyclopedia 'Bagaimana Tangani Masalah Cinta antara Teman??' karangan NAAS yg x pernah terpublished dan terjual..,

benarkan org lain juga mengenali dan memahami diri anda disamping bersederhanalah..
wallahu'alam

foot note :
  • NAAS, seorang penulis yg x bertauliah..yg hanya menulis mengikut logik persekitaran dan pengalaman hidup yg dikaitkan dengan kitabullah dan sunnah sebagai ibrah..
  • tulisannye x diharap untuk diikuti tp semoga menjadi peringatan untuk dirinye sendiri..

p/s aikkk??nape kua post ni tetibe??hanya 'dia' yg tahu..huhu..
awak!tahu ke??hehe..kalo tahu kasi tau sy ye??

Thursday, March 18, 2010

Dia..

salam,

huh..kali pertamaku dengar suara..
bergetar jantung..bagai nak gugur..
siapa gerangankah??
cubaku meneka-neka namun kelam dan samar..
aduh!!sape plak yg nelepon aku nih..
abih ayu suara aku cover..
tp sory ler..mmg nak teka dah tp x berani, takut salah..hihi..
papehal pun..
"salam perkenalan dari sang perantau..~_^"

p/s getarkan jantung dan hatimu hanya untuk DIA..wallahu'alam..

Saturday, March 6, 2010

Untukmu Teman

..in the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful..

28/2/2010

di sini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawaku ke daerah yang baru
dan kni hidupku ceria

kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

kenangan bersamamamu
takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa

mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
tuhan berilah daku kekuatan

mungkinkah kita terlupa
tuhan ada janjiNya
bertemu berpisah kita ada rahmat dan kasihnya
andai ini ujian terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita, hadirlah cahaya


p/s pernah satu ketika ia berlagu di hatiku..namun terhenti tatkala aku mengenaliNya..ia kini berkumandang lagi atas sebab yg lebih tepat dan pasti..

Saturday, October 17, 2009

Sanah Helwa Ya MA

assalamualaikum wbt..
salam bicara bertemu semula..

huh!!badan lesu terase aku..
bagai 3 bulan bekerja tanpa hentinya..
namun pd hakikatnya hanyalah beberape hari yg diperuntukkan utk beberape perkara..
ternyate aku bukanlah superbionic women yg boleh melakukan aksi luar biasa berkhidmat membantu pd setiap mase..
aku hanyalah insan yg kerdil dan lemah yg mengerahkan ATP dihasilkan dalam proses oxidation-phosphorylation demi melaksanakan tugas yg x seberape..

seharian hari ini,,aku bergelumang peluh dan kuyu mataku..
walau ngantuk menghantui,,aku gagahkan juga kelopak mateku untuk terus menumpu pada doktor yg berdiri di depan..
kini aku bersame hacky..=) mencipta tulisan untuk post yg baru..
terase lame x meluang mase untuk hacky..pastinye die merajuk..maafkan aku ye..~_~

..................................................................................

sy x pasti andai awak menunggu sesuatu daripada sy..
tp sy pasti, ade sesuatu yg menungu untuk awak..
namun,,jutaan maaf sy pohon andai awak tersinggung dgn respon sy..
ketahuilah,,sy sekadar bersenda,,sengaje ingin menimbulkan konflik di situ..
tapi sy xde la kejam mane,,terus sy jumpe hacky n made this for u..

"kembali sudah awak ke sisi,
andai itu bukan perasaan sy sendiri,
kembali sudah awak ke sini,
menyambung ikatan yg terputus jauh,
kembali awak kini,,..
adakah bersame ape yg dicari,,
atau sekadar bertangan empty..
sy x pasti ape di fikiran awak,
tp sy pasti ape yg di fikiran sy..
sy x pasti ape perasaan awak,
tp sy pasti ape perasaan sy..
jutaan maaf lagi andai buat awak tersinggung lagi,,
tp terimalah 'SeLaMAt HaRI jAdI' ucapan ikhlas dari hati.."

salam ulang tahun MA,
semoge meningkat satu umur kita, meningkatlah lagi level amalan kita..
uhibbuki fillah awi2..

p/s mungkin yg lebih best bakal menyusul,,tp x janji..x)