"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-
Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Tuesday, September 22, 2009

Nukilan

salam..
cari punye cari..akhirnye jumpe satu paper yg diatasnye tertulis sesuatu yg ingin aku upload kat sini sekian lame..
finally jumpe, so check it out..

'malam dingin..
hacky berlagu pilu seketika..
sayu hati mendengar bait lirik yg menyentuh hati..
2 org housmates bergegas keluar tiba2..
2 lg mgkn sedang menelaah..
yg sorg dah lame belayar, mgkn disebabkan krisis yg timbul antara kami..
yg sorg lg pulak.., hmm entah ke mana sudah pelayarannya di medan maya..
aku pula?? tiba2 rasa ingin mencoret sesuatu di kertas setelah penat mencatit nota subjek 'kesayangan', Physio..
hmm nak berkarya, krg berbakat..
nak berlagu, suara bak gagak hitam yg berkeliaran terbangnya di TMC..
tp aku letih, penat dan mengantuk..
sayang rasenya nak pejamkan mata dek kerana byk lg yg x cover utk subjek 'kesayangan' nih..
maka aku capai sehelai kertas dan coretkan juga apa yg terlintas dihati dan fikiran..
hacky berlagu girang tiba2.."hmm apelah hacky, campur2..huhu..^_^"
tp xpe asal hacky happy, aku juga mengukir senyum..
apalah khabar agaknya 2 sahabat yg di luar tu??
harapnya xde ape yg berlaku..
semoge ape yg dicari ditemui, semoge Allah turut serta dalam pencarian kalian dan semoge Allah sentiasa bersame kalian, melindungi dan memayungi kalian dari kejahatan malam..amiinn..
maafkan aku x turut serta membantu..
maaf pd sesorg yg aku guris hatinya hari ini..
maaf pd semua org yg aku toreh hatinya hari ini..
maaf pd kalian yg aku sakiti hatinya oleh perbuatan, mimik muka, lebih2 lg tutur kata aku yg x berhemah..
aku kesal atas setiap perbuatan burukku atas kalian..
aku ingin mengubah, aku sdg berubah..
mgkn aku perlu lebih gigih berusaha merubah..

wahh, x sangke aku gemar mencoret kata..
gemar berkarya, tp apekan daya, bakat x seberapa..
perlu digilap lagi mgkn..
ada juga satu ketika dulu aku mengimpikan buku tulisan ku sendiri..
namun sekarang??
perasaan itu masih berbaki, tp yg penting harus ku tumpu dulu..
insyaAllah impian kita bersama akan cuba anakanda realisasikan bonda..

hmm..jenguk2 ke luar, x jumpe bulan kesukaan sahabat sejati yg kini di tanah air tercinta..
rindu ku pd mu teman, bak awan komulonimbus yg menampung air menunggu masa utk pecah,
melepaskan titis2 mutiara rahmat dari Ilahi..
akan ku dakap erat tubuh lampai mu andai ku temu dikau suatu ketika nanti, insyaAllah..
buat skrg, aku hanya mampu sampaikan khabarku melalui udara dan laman maya..
aku x tahu andai ini sampai ke pengetahuan mu..
andai ia sampai, tinggalkanlah sedikit tanda yg memberi tanda perkhabaran mu..

hmm..kalau dilayan, byk lg coretan hati yg ingin aku suratkan..
namun fikiran ku masih waras memikirkan pembahagian waktu utk perkara yg lebih penting..
Physio 'kesayangan' dah menunggu untuk di najahkan..
mata semakin x dpt menampung beban ngantuk yg menggunung..
seharusnya aku berhenti di sini, menyambung agenda yg terendala td..'

10.57 mlm , August 28 2009

nukilan : zenzen
bawah pemerhatian : mindhacker

p/s "hacky bile nak tido??"
-hospital idaman dalam impian-

Tuesday, September 15, 2009

Surat Untuk MA

sambungan..

MA,
namamu seindah lakumu,
rupamu semanis senyummu,
lincahmu setangkas tuturmu,
hebatmu setinggi ilmumu..

MA,
andai kau bukan yg ku temui dalam waktu terdekat ini,
pastinya bukan aku yg aku lihat..,

kau mengajarkan aku bagaimana aku,
kau mengajarkan aku siapa aku,
kau pencetus kesedaran yg lebih dalam diriku,
kau pengorak langkah drastik perubahanku..,
walau aku x bisa mengembirakanmu,
walau aku x bisa mengelap tangismu,
walau aku x bisa merasai pedih luka hatimu,
walau aku x bisa mengenalimu semahumu..,

MA,
kau adalah pemangkin anjakan paradigma yg belum pernah aku cetuskan utk diriku..

maaf MA,
andai bukan aku yg mengembirakanmu,
andai bukan aku yg mengelap tangismu,
andai bukan aku yg merasai pedih luka hatimu,
andai bukan aku yg mengenalimu semahumu..

aku percaya..,
ada yg lebih layak mengembirakanmu,
ada yg lebih layak mengelap tangismu,
ada yg lebih layak merasai pedih luka hatimu,
ada yg lebih layak mengenalimu semahumu..

kerana aku tahu kewujudan insan itu didalam hatimu..


..................................................................................

5.51 am, Mesir..

sy tahu awak dah di awan nan biru tatkala ini..
membelah langit merentas lautan menuju destinasi yg pasti..
sy tahu berat hati awak meninggalkan bumi kinanah, bumi para anbiya' ini..
dan sy tahu kenapa..namun awak tetap gagahi langkah melepasi gate menuju check-in post..
sy assume, andai dia ada bersama pasti sukar bagi awak untuk melangkah..
mungkin ada hikmah dia tiada bersama td..
nyatanya sy x mampu buat sesuatu utk awak..dan sy faham tu..
dan sy cuba utk tidak membebani awak lagi..

andai awak nak tahu,
awak adalah org ketiga yg menikam sy dengan kejam..
lepas seorang, dtg seorang yg sama tarikh lahir tp berlainan tahun membunuh sy tatkala sy dah recover dari tikaman yg dalam..
dan tatkala sy sedang menyembuh dan merawat luka yg ditikam kembali, awak muncul menikam sy kembali sedalam2nya..
membiarkan sy berlumuran darah sendirian..
namun kesedaran sy cepat..mungkin krn dah immune dek tikaman yg kedua..
maka sy cube recover dengan secepat mungkin, walau sy tahu parutnya pasti ada..
mana tidak..sy masih boleh melihat parut tikaman insan pertama, yg alhamdulillah dah sembuh..
dan parut tikaman insan kedua yg sedang menyembuh..

korang semua adalah assasin yg di utus Tuannya semata2 utk menguji sy dgn ujian yg sama..
bekali-kali ujian yg sama dtg..dan berkali-kali sy recover..dan berkali-kali jugak sy tersungkur kembali..
Dia Maha Mengetahui sy masih belum dapat recover sepenuhnya walaupun sy mampu tanganinya..

hmm ntah ape bebelan sy kali ini..merepek x tentu pasal..
sy bukan nak blame atau nak marah awak yg menikam sy..
(sejujurnya sy bersyukur bertemu dgn awak..)
sy cuma nak awak tahu, andai awak membunuh sy sekali pun, awak xkan dapat keluar dari kawasan yang awak dah cerobohi..
dan sy akan pastikan sy x ditikam oleh pembunuh upahan yang sama..
dan sy x kan lepas kan assasin2 tu semua dengan sewenang2nya..

"u've stabbed me, so u've to pay for the consequences.."
3 assasin have come to my life n make misery to me worse than others did..
so, you 3 fella will never get out from my prison of heart..even y'all have a warrant from the highest court..

p/s akhirul kalam, sy dah mula merindui awak..dan berharap ianya fillah..

Thursday, August 20, 2009

Ada Apa Dengan Cinta??

salam..
wah bicara soal cinta plak??
ape kes doktor sorg nih??
nak jadi doktor cinta ke??
papehal pon..
segale rase, segale kate mengenai cinta, aku rungkai dan ungkap dalam rangkap yg terpapar..
allahu'alam..

"cinta,,
cinta,cinta,cinta..,
cantik di mata, indah di rasa..,

cinta,,
cinta,cinta,cinta..,
perungkap kata, perungkai tanya..,

cinta,,
cinta,cinta,cinta..,
pelengkap jiwa separuh yg tiada..,

cinta,,
cinta,cinta,cinta..,
hilang rasa akal menggila, hilang cinta beralih luka..

cinta,,
cinta,cinta,cinta..,
bukan kata tetapi rasa, bukan khayal tetapi nyata..,

cinta,,
cinta,cinta,cinta..,
cinta murni itulah manusia, cinta hakiki Dialah Sang Pencipta.."

nukilan asal : mindhacker
olahan : zenzen

p/s (9:24)