meniti hari, menghitung detik
menunggu tibanya saat itu
jiwa melonjak girang
merai hari kebesaran
hari itu bakal tiba
hai agung insan teragung
penantian penuh makna
tapi sayang sebentar cuma
berlalu hari itu nanti
berlalu juga rasa ingin mengingati
wajarkah itu kita lalui??
hanya menunggu setahun sekali??
sedang kita disuruh setiap detik untuk mengingati??
(tepuk dada, tanya iman)
bangunlah wahai rakan, sahabat dan taulan
syafaat dia yang kita harapkan
namun salam keatasnya sukar dilafazkan
sunnahnya sering kita abaikan
apakah layak mengaku kita ikutannya??
sedarlah wahai kawan
umat kini dah ketinggalan
kita diperlukan sebagai teman
jadikan dia sebagai pedoman
ikutlah jalan yang dibentangkan
kemudahan sudah disediakan
apa lagi yang kita nantikan??
...........................................................
tanggal 12 rabiulawal 1431..
hanya beberapa hari dari perhitungan..
aku x sabar menunggu kehadirannya..
namun terlintas difikiran, apakah aku hanya mengingati ketika waktu kelahiran??
bagaimana sekiranya bukan tarikh kelahiran??
sungguh aku lah umat yg xmengenang budi..
maafkan aku ya Rasulullah..
maafkan aku kerana hanya kini baru ku sedar perananku..
maafkan aku kekasih Allah..
kerana baru sahaja kini aku merasai cintamu..
sungguh aku lah umat yg lemah dan hamba yg hina..
kerinduan ku pada mu Muhammad ibn Abdullah, bukanlah hanya pd kata mahupun nukilan di alam maya..
cinta ku pada mu, mengatasi segalanya..
kau mencuri hatiku selayaknya..
dan ku berikan hatiku selayaknya untukmu wahai kekasih Allah..
andai kau masih disini, pasti mengalir deras air matamu melihatkan keadaan umat masa sekarang..
aku malu dan aku kecewa, aku x berperanan sepatutnya..
demi tuhan mu yg menjadi ikutan ku, aku akan cuba menjadi salah seorang yg bisa mengukir senyuman di wajahmu..
kerana senyuman mu beserta wajahNya yg ingin ku lihat di hari itu kelak..
"NaHnU FiDaKa Ya RASULULLAH!!"
p/s ya Rasul Allah, aku amat merinduimu..
No comments:
Post a Comment