"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Friday, January 25, 2013

Give me some sunshine

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Siang tadi jumpa dengan akhwat. Lama dah tak berjumpa gara-gara demam periksa yg melanda hampir setiap seorang daripada kami. Jumpa sebab nak mintak tolong paskan beberapa barang kat akhwat Cairo. "Lama dah kita tak musafir bersama. Tak best la tak musafir sekali." Saya hanya senyum. Ambil waktu seketika kemudian jawab, "Itulah hakikat kehidupan, yg hidup mati, yg jumpa berpisah, yg di bawah akan naik dan seterusnya." Dan hati menyambung, tiada yg statik. Pasti akan berubah. Samada ke depan atau ke belakang. Cepat atau lambat.

Winter break is here. Bermakna bermula lah kehidupan akhwat yg serba busy. But yet Mansoura is so silent. Sunyi. Tanpa mereka di sisi. Kita kini bagai dua kapal terbang yg berbeza haluan walaupun kita masih dibawah satu jenama airline. Satu akan terbang ke utara dan satu lagi akan terbang ke selatan. Takkan ada titik bertemu kecuali bila kita kembali semula di airport yg sama. Dan masing-masing dengan tugasan masing-masing. Rindu, pasti sangat merindui kalian.

Exam saya bermula lambat, bermakna akan berakhir lambat juga. Kini saya sudah bebas dari periksa selama tiga hari dan saya tak dapat bertemu mereka kerana mereka yg bermula dan habis awal sudah pun memulakan perjalanan bahkan sudah hampir dipertengahan percutian mereka. Saya. Hanya menghabiskan masa di rumah bersiap sedia utk hari yg dinantikan. Plus 30 minit berjalan yg menjadi rutin harian saya selama seminggu akan datang. Yg menjadi teman menghilangkan sunyi.

Hari ni 25 January. Hari bertuah Mesir dan hari berharga buat insan tersayang. Hanya doa mengiringi kesejahteraan Mesir akan datang dan keteguhan hatinya meneruskan amal.
Give me some sunshine. Give me some rain.
Give me another chance. I wanna grow up once again..

Saturday, January 5, 2013

Gerabak

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Dear sahabat, (senyum)
Aku tuliskan tulisan ini untukmu. Ya, khas untukmu. Senyum.

Ingatkah lagi saat kita bertemu dalam satu gerabak kereta api yg sama. Beberapa tahun yg lepas. Kereta api mula bergerak dan engkau, ada di hadapanku bersama beberapa lagi rakanmu. Walau mungkin ada yg di depan atau sedikit terjarak darimu. Kita tetap dalam gerabak yg sama. Senyum.

Kau perkenalkan dirimu sebagai pemula bicara dan perkenalan kita. Aku lantas menjawab tanpa ditanya siapa namaku. Ke mana hala destinasiku kau tanya lanjut. Ke Kota Harapan. Dengan senyum indah terukir dibibirmu, kata kau, aku juga sepertimu. Kau siap memperkenalkan aku dengan rakan-rakan mu yg lain. Senang kami berkenalan bagai telah lama berjumpa.

Aku lihat ke luar tingkap. Kereta api masih juga bergerak dengan kelajuan yg sama. Meninggalkan indahnnya alam seinci demi seinci. Destinasi kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang, dan ia mungkin akan meletihkan kita. Perlahan sapa mu tatkala aku ralit dengan fikiranku. Aku senyum menyatakan, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kau sudi bersama ku. Engkau dan rakan-rakan mu serentak senyum sambil menarik ku dalam dakapan.

Kereta api kita berhenti di satu perhentian. Gerabak yg kita naiki mungkin mengalami sedikit masalah. Lantas kau keluar melihat, mencari jawapan pada nasib kita bersama. Kau, aku dan rakan-rakan kita. Kau kembali dengan riak wajah yg bermakna. Ada satu kereta api yg boleh menumpangkan kita ke Kota Harapan tapi laluannya berbeza dan hentian terakhirnya mungkin berbeza. Mungkin sedikit jauh dari hentian utama Kota Harapan. Kereta api yg satu lagi akan membawa kita melalui laluan yg tidak jauh beza dan tempat henti akhirnya lebih dekat dengan hentian utama Kota Harapan yg kita tuju.

Kita semua menaiki gerabak yg sama dari kereta api yg tak jauh beza laluannya dengan yg asal. Kecuali beberapa orang dari rakan kita yg memilih untuk menaiki gerabak yg berbeza laluan. Engkau senyum. Katamu, telah  beberapa orang dari rakan ku terdahulu juga tidak bersamaku kini. Selagi kami masih menuju destinasi yg sama. Kami akan bertemu jua. Itu harapan mu.

Kita lalui lagi perjalanan yg baru di dalam gerabak yg sama. Cuma mungkin berbeza pemandunya. Destinasi kita masih jauh, perjalanan kita masih panjang bahkan mungkin lebih panjang berbanding jalan-jalan yg lain, dan ia mungkin meletihkan kita. Sapa mu lagi tatkala melihat aku termenung keluar tingkap berkira-kira tentang nasibku. Aku senyum menyatakan, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kau sudi bersama ku. Senyum. Kita saling berpelukan seolah itulah yg terakhir buat kita.

Masa terus berlalu. Kau tunduk menghadapku. Aku perlu ke gerabak yg di depan. Kita masih dalam satu kereta api, mungkin hanya berlainan gerabak. Aku senyum dalam resah. Kau terus memujuk. Kata mu, mereka yg lain masih di sini. Kita semua satu walau di mana kita berada. Aku perlu berada di sana.

Masa berlalu lagi, dan kini hanya tinggal aku dan beberapa orang dari kalangan kita yg masih berada di gerabak yg sama pernah kita naiki bersama. Mereka juga telah mengikuti jejak mu yg semakin melangkah dari gerabak ke gerabak yg lebih depan. Aku gembira. Aku senyum menghantar setiap satu dari mereka yg tinggal menjejaki mu.

Aku terus merenung keluar, dan aku menoleh ke belakang. Hanya ada satu gerabak di belakang dan tiada lagi kata sapaan mu mengingatkan aku tentang perjalanan yg panjang ini. Yg ada hanya sayup-sayup ingatan yg menjadi penguat dikala aku terasa letih dan ingin turun dari gerabak ini. Aku toleh ke belakang lagi. Penumpang-penumpang di gerabak belakang juga sudah semakin beransur masuk ke gerabak yg pernah kita duduki bersama tatkala kereta api semakin laju meluncur dengan penumpang yg semakin bertambah.

Aku melihat ke hadapan ku. Wajah mu bukan lagi yg aku lihat. Tapi insan lain yg juga menuju destinasi kita yg sama. Aku menoleh ke gerabak di depan. Aku melihat senyuman engkau dan mereka dari jauh. Aku ingin menjejak kalian. Aku tak mahu ditinggalkan sendirian. Aku mahu berada di gerabak yg sama dengan kalian. Kerana, aku sanggup tunggu dan bertahan andai kalian ada dengan ku.


~Aku akan jejaki mu.

Tuesday, January 1, 2013

Flashback

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Sana sini orang wish tahun baru 2013. Entah, tak terasa pun dah masuk tahun baru dan tak rasa teringin nak wish atau merasa kegembiraan sambutan tu. Mungkin sebab dah lama duduk kat sini dan tak pernah redha atau beriya-iya dengan tahun baru Masihi sejak kenal semula tahun baru Hijrah. Atau mungkin sebab 2 3 hari ni jugak keadaan diri tak berapa baik, so tak ada mood nak raikan. Lagipun, apa yang boleh diraikan kalau dalam hati sentiasa merisaukan bagaimana sambutan mereka disana? Dengan konsert? Party? Mungkin ada majlis-majlis sambutan Islami, alhamdulillah tapi masih tak mampu redakan rasa gundah dalam hati.

Hadir hari ini, pada 10 minit terakhir 2012 bukanlah untuk bercerita tentang 'Selamat Datang Tahun Baru 2013' atau ' Selamat Tinggal Tahun 2012'. Tapi tergerak untuk rujuk kembali masa lalu. Masa yg membezakan aku dengan sekarang. 'Pandanglah ke belakang untuk memperbaiki diri. Gagahi langkah ke hadapan dengan mengharapkan redha Ilahi'. Itu bunyi status salah seorang penghuni hati sempena tahun baru 2013.

Kalau dulu solat mungkin tungang-langgang. Waktu entah ke mana. Asal solat je, biarpun waktu dah betul-betul kat hujung tanduk. Ingat lagi, kalau solat isya' tu sebelum tidur baru nak solat. Dan bila dah nak tidur tu mula la rasa berat sebab nak solat dulu. Solat pun cukup ala kadar tunggang-tungging 4 rakaat. Habis salam kedua terus bangun lipat telekung sejadah. Doa. Rasa macam tak pernah nak buat kalau tak sebab nak exam atau ada musibah. Wirid, zikir, selawat, tak pernah kenal. Itu belum kira solat yg burn sebab malas dan dan dan. Puasa, mujur ada walaupun sekadar penuhkan sebulan Ramadhan je. Puasa sunat Isnin Khamis, nak exam baru buat. Qiam tahajud istikharah taubat. Tak pernah kenal semua tu. Solat hajat je mungkin, itu pun macam biasa lah, time nak exam je. Sedekah, tilawah, dhuha. Nil. Mathurat memang tak pernah kenal.

Berbeza sekarang. (mungkin). Kalau tak banyak pun, ada la sikit. Solat kalau tak awal waktu rasa resah. Dan sekarang bila terfikir 'eh dah solat ke belum?', mesti akan teringat waktu dulu yg jahil dan bersyukur sangat sebab sekarang solat dah terjaga. Doa, wirid, zikir selepas solat cuba dilazimi agar solat tak sekadar tunggang-tungging macam ayam patuk dedak kat tanah. Puasa sudah makin dilipat gandakan demi mendidik diri agar beriman. Puasa Ramadhan cuba diberi ruh (hayati) sebaik mungkin. Qiam dan komponen-komponennya sedaya upaya dilakukan. Sedekah, tilawah, dhuda dirutinkan. Bahkan tilawah saja sudah mampu mencapai berhelai-helai muka surat berbanding dulu yg nak habiskan 1 2 muka surat pun susah dan tergagap-gagap. Siap kena paksa dulu dengan mummy baru nak baca. Padahal umur waktu tu bukan kecik lagi. Dan mathurat. Antara pencapaian yg menyentuh hati sebab buku kecik mathurat tu Kim yg bagi. Dan ada cerita disebaliknya. Senyum.

Alhamdulillah. Mungkin itu yg lebih wajar aku lakukan sekarang. Bersyukur atas apa yg telah berlaku. Bukan merintih atas ujian-ujian yg Allah timpakan. Ya Allah, lama sudah aku alpa sejak kau temukan aku kembali dengan Mu. Selesa dalam keselesaan yg Kau berikan dan meminta-minta agar diberikan lagi. Ampuni aku ya Allah. Jadikan aku hamba Mu yg mensyukuri setiap nikmat kurniaan Mu.
"Hanya sekejap ku berdiri
Ku lakukan sepenuh hati
Sedih ku ini tak ada erti
Jika Kaulah sandaran hati"
~Sekadar imbas kembali.

Friday, December 28, 2012

(Bangkitlah)

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Otak tak dapat nak cerna. Arrgghh!!
Ya Allah musibah apakah ini?? Ujian apakah yg Kau timpakan?!

Ya ayyuhal akhwati,

Bangkitlah!!
Bangkitlah kalian dari lena yang panjang
Bangkitlah dari bantalmu yang empuk
Sedarlah dari lamunan mu yang panjang
Sedarlah dari mimpi mu yang fantasi

Bangunlah!!
Bangunlah kalian dari anganan kalian
Bangunlah dari kelalaian kalian
Keluarlah dari keselesaan kalian
Keluarlah dari kebiasaan kalian

Berhentilah!!
Berhentilah bertelagah sesama kita
Berhentilah bertingkah dengan perbezaan kita
Berhentilah berperang dengan pendapat dan pendirian yang anjal
Berhentilah bercakaran hanya kerana blok parti yang tak sama

Ayuh bangkitlah!!
Bangkitlah perjuangkan akidah ummat yang kian lesu
Bangkitlah selamatkan akidah ummat yang makin parah

SYIAH,
KRISTIANISASI,
LGBT,
SEKULARISME,
LIBERALISME,
PLURALISME..

Dan bermacam lagi kerosakan-kerosakan akidah yang melanda ummat mu
Ya!! Ummat mu!! Ummat Kita!! Bangsa Melayu!!

Ya Allah, Kau datangkan ujian buat kami
Kau kurniakanlah kekuatan buat kami
Kau kurniakanlah kecekalan buat kami
Kau teguhkanlah hati-hati kami
Agar kami bisa mampu terus menjaga agama Mu



Dalam air mata berselang sedu
Kau ampunilah segala dosa-dosa ku

~jeritan

Tuesday, December 25, 2012

Lucu

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Hidup ni lucu
Hidup ni penuh makna
Banyak erti
Tapi kadang-kadang keliru
tak tau apa yg cuba diajari

Disaat aku bergelumang duka
tercari-cari jalan keluar dari kesamaran yg membutakan mata
Disaat hati tertanya-tanya
apakah nilai hidup ku
Disaat kaki terasa tak mampu lagi berdiri
ditengah-tengah kemusnahan yg ditinggalkan angin ribut kekecewaan
Disaat jiwa terus menderita
mengharapkan secebis rasa concern

Muncul figura-figura indah
yg dipenuhi kasih ku
Muncul bersama kecewa dan duka mereka
Dengan senyum masih terukir kemas di bibir
mengharapkan ihsan
hanya dari Dia yg Esa

Kecil, kerdil
Tak layak sungguh aku, tak layak sungguh aku

Allah, moga Kau terus bersama mereka, kurniakan jalan keluar buat mereka..

~randomlyrant

Monday, December 24, 2012

Rindu

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Belajar, tapi nak writes. Tak boleh, belajar dulu. Tapi nak writes. Belajar, tunggu sampai pukul... Ruby red HP Pavilion g4 ditarik terus rapat ke badan. No! I need to write. Bentak hati melawan minda yg cuba berfikir dan mengarahkan tindakan waras. Nak tulis to expel my spills. Rasa bercelaru juga bila apa yg dibaca berselang seli dengan apa yg dihati. Susah macam ni, otak tak boleh nak concentrate. Rindu...

I always look back, watching my past. It hurts and it really hurts. I didn't know whether it's right or wrong, what I do. Now. Always rindu of myself before, what I have before. What I start with, before.

Tingginya hammasah kala itu menolak segala kemungkinan yg menghalang dari bergerak. Perjumpaan setiap minggu walau memakan masa 6 hingga 7 jam pun sanggup ditunggu dan ternanti-nanti. Setiap acara yg disusun, setiap tugasan yg ditugaskan. Gembira. Seronok. Walaupun letih kadang-kadang menjengah dan cuba melunturkan semangat. Manakan tidak, duduk bersama sahaja sudah 5 jam. Break sekejap, tidur dalam 2 3 jam, then bangun, tahajud kejap and sambung balik another 2 to 3 hours. Then lepas subuh, yg ada kelas awal kena gerak balik rumah dulu bersiap then terus pergi kelas. Even dalam suhu yg sejuk mencecah tulang, kaki tetap terus melangkah untuk meneruskan urusan yg seterusnya sebab Allah berfirman "maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yg lain)" (94:7)

Walaupun waktu itu tak lah sehebat yg lain, tapi masih cuba jugak untuk kejar dan catch up sebab rasa rugi sangat kalau tertinggal jauh dari mereka. Merekalah, bagai nyawa, oxygen, makanan atau  apa-apa keperluan asas untuk hidup. Merekalah. Mereka yg menghidupkan. Sampai sekarang. I admit kalau bukan kerana mereka juga sekarang, tak tahu ke mana dah hanyut. Na'uzubillah. Macam-macam yg datang dan macam-macam juga ujian yg Allah berikan untuk menapis. Alhamdulillah masih lagi bertahan walaupun goyah.

Sakit. Sakit. Bila fikir balik semua tu. That's why I refuse or mengelak atau lari when I was being questioned about this several times ago. Bukan tak nak becerita tapi sakit bila diingat semula. Dan entah kenapa lately ni ringan je mulut nak bercerita, akhirnya makan diri juga. Mohon Allah tetapkan hati. Entah. Mungkin itu adalah tahapan waktu tu. Sejajar waktu itu. Wajar. Sekarang, pasti berbeza. Entah..

~rant

Sunday, December 23, 2012

Happy for the Surprise!!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

A friend of mine came yesterday. All the way from Cairo. I wasn't know that she will come until she text me asking for direction because she was already somewhere near Mansoura. And I was like WHAT?? A little bit of shock actually. But I'm glad that she's coming and I guess that is just what we need. Maybe. But then I realize, surely it wasn't easy for her to come here all the way from Cairo just to go back the next morning and run for the classess awaits.

Yes, the last days was memorable and missed but today is today. Never gonna be yesterday or tomorrow. What we are now are the consequence of the yesterday and what we are today will be the reason for us tomorrow. And I do have the feel to get what I used to have back but the reality is it won't. So I just make up my mind and persuade my heart that you can't have everything that you want the way you want it but you can have what it is and try to make it the way you want it. And you are a grown up girl, you surely know well that you are no longer a child to ask for these and that.

I stood up and think. Sometimes we need what we want but wasn't it'll be really mean asking for these and that? I feel guilty of what I asked before but I feel happy of what I get now. I just hope that by these I'll be even tougher and firm to stand on my own basis. Thank you, it's much appreciated and hope that it will not bother you much. Smile.


Friday, December 21, 2012

Realiti

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Cuaca sejuk, udara nyaman, andai dibuka luas tingkap menderu hawa dingin menyapa tubuh yg berbalut sweater dibawah lapisan bubble vest. Indah. Menyingkap perjalanan hidup yg hampir separuh dekad di negeri orang. Bukan sebarangan negeri. Negeri indah penuh sejarah, luka dan darah. Ditemani 'Paperclouds', jari memulakan langkah. Berpencak diatas keyboard sambil berhati-hati mencari rima agar buah pencak yg dihasilkan tidak sumbang. Cukup bunga pembuka, mari teruskan ke medan bicara. Senyum.

Sekali-sekala berjalan di laman sesawang mencari ruang melepaskan lelah diminda. Sambil minda menerawang terbang entah ke mana, mata pula berlegar di ruang berhampiran. Mencari kerehatan juga barangkali. Namun tidak jauh dari minda kerana mereka tak mungkin dapat dipisahkan. Senyum. Maka bertemu si mata dgn si dia yg membuatkan minda kembali bekerja. Senyum tak putus, hati melonjak gembira. Bertemu kembali sahabat handai lama bergembira dimajlis perkahwinan salah seorang daripada mereka.

APA!!! Jantung berdegup pantas, darah mengalir deras minda kembali bercelaru. Ini bukan tipu. Setiap laman dibuka mencari bukti buat penenang jiwa. Dan, benda lain pula yg terjumpa. Apakah ini?? Betulkah dunia itu terlalu kecil? Minda galak bertanya, jantung masih pantas berdegup juga. Teruja. Excited. Bagai "killing two birds with one stone". No! Three, maybe. Senyum.

Laman-laman ditutup, hati diajak bertenang agar fikiran mampu berfikir dengan waras. Senyum. Sedar tak sedar, rupanya selama ini aku lupa, kehidupan hari-hari bergerak kedepan dan takkan pernah mundur ke belakang. Umur semakin meningkat, usia semakin tua, ajal semakin tiba. Senyum. Pernah difikirkan bagaimana kami akan berakhir atau mungkin bagaimana kehidupan nanti. Tapi tak pernah aku fikir perkara ini benar-benar akan terjadi.  Senyum. Senyum aku memikirkan usia aku tak mustahil akan melalui fasa-fasa hidup yg baru. Dan senyum bila memikirkan diri ini tidak lagi bersendiri mewakili kelompok sahabat kami di atas jalan tarbawi ini. Senyum. Hati rasa lapang seketika di balik keresahan yg melanda. Syukur. Hati terus bersyukur kerana mereka juga di dalam sampan yg sama. Moga terus tsabat.

Hati melonjak girang, terasa ingin berjumpa. Menebar cerita-cerita dan pengalaman yg ditimba. Pasti berbeza jalan cerita tapi pasti juga rencahnya hampir sama. Hidup di luar dari lingkungan masyarakat yg sama, yg jauh dari kebiasaan-kebiasaan yg memikat jiwa. Akhirnya membawa kita pada jalan yg sama. Jalan menuju Allah yg Esa. Dan tak sangka kita juga berada dibidang yg sama, yg menjadi bahan bakar tambahan yg menghangatkan bara semangat. Semangat untuk terus berjuang meraih kembali impian dan cita-cita yg hampir padam apinya dek kerana lemahnya jiwa menanggung ujian. Inilah transisi. Allahumma tsabitna..

Ini, tempat bermula perhubungan kami.
~Regards, mansoura, 21 12 12 2218 R

Sunday, December 2, 2012

M I S S

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Miss to write but I doubt I the have time for it and doubt that I have anything to write about. But seriously I do miss writings. Do also miss my akhwats whose already been away for quite a sometimes now, and will be weeks than years. Don't know when and where will I ever meet them again.

I never know if a relationship, a friendship can ever last. I always wish it could. And I always knew that saying goodbye is heartbreaking. You never know what will come next in your relationship, whether it'll last or it'll just gone. Stop or end where it ends. And that is another 'why' why I refuse to get involve in relationships. Cause I can't stand the severance.

I always want they, them that I love the most, to know that I always wanted to be their ears of problems, tears of their joy, a shoulder they can cry on lean on. The legs they walk with. Their hands to lift. Their soul to feel. Always I want to be their best friends forever. I chuckled. Smirk. Never will I be that. Never. Cause I know they deserve better than I am.


~rant

Sunday, September 30, 2012

Bestnya Ukhuwah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Wah, lama dah tak menulis. Otak beku, masa bagai cemburu utk tunggu. Kali ni sengaja nak tulis atas dorongan perasaan yg ditimbulkan oleh sahabat seperjuangan. Dan sebenarnya adalah dedikasi buat dia dan mereka juga.

Tinggal sebulan lebih dan kurang dari pada tu lagi diri ini bakal ditinggalkan oleh insan-insan yg cukup bererti dan terpahat kukuh di hati. Sungguh ukhuwah itu manis. Dan manisnya ukhuwah dalam pahitnya berpisah. Teringat kata-kata Imam al-Ghazali : Ukhuwah itu bukanlah pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.

Terlalu banyak yg dipelajari daripada mereka. Kesusahan dan kepayahan yg dilalui bersama, kesenangan dan kegembiraan yg tak pernah dirai sendiri sangat memberi erti yg cukup-cukup dalam. Andai diimbas kembali pertemuan kita hanyalah pada setahun yg lalu. Namun keterikatan dan kekuatan perasaan yg dirasa bagaikan telah kenal selamanya.

Aku mengharapkan kita masih diberi peluang dipertemukan jika bukan dibumi tp di syurgaNya yg pasti insyaAllah. Doakan diri ini supaya mempu menjejaki kalian di syurga firdausi nanti. Dan aku berdoa utk kalian kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan disepanjang kehidupan kalian. Dan aku memohon agar kita sama-sama diberi kekuatan utk terus tsabat di jalan ini. Bertemu dan berpisah dijalanNya hanya keranaNya. Moga cinta yg tersulam meraih redhaNya.

Kenangan kita bersama, aku mohon Allah simpankan dalam hati dan ingatanku selamanya. Bismillahirrahman nirrahim, ini perjalanan baru kita bersama dan perjalanan aku tanpa kalian.


Wednesday, March 21, 2012

Al-baqa' Lillah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

A song for the xx menemani hidupku sejak 3 hari lalu. Ayah, berselang seli makna lyric lagu jepun tu, dan beberapa gambaran lain melengkapkan video music rekaan aku sendiri. Setelah 3 hari berlalu, hidup yang aku rasa seorang, kosong dan kelam walaupun dikelilingi orang bergelak gembira, kini semakin mampu menerima hakikat ketiadaan seorang insan yang entah bagaimana mampu membuat aku hilang dari dunia.


Terbayang wajah Mak Tun, bagaimana dia menerima kepergian seorang teman hidup?? Aku yang jauh turut rasa kehilangan apatah lagi mereka yang sehidup dengan ayah sedari dulu. Ayah, seorang yang softspoken. Jokes yang dia buat sering mampu mengukir senyumku. Kalau ayah datang berziarah, tiada lain yang akan dihidang melainkan satay wak depan rumah. Tapi last time jumpa masa saurah dulu, ayah tak boleh makan banyak sangat, kolestrol. Baru sekarang aku sedar. Hmm.. pasti akan rindu untuk panggil ayah sebab hanya kami adik-beradik saja yang panggil ayah.

Alhamdulillah, hari selepas berita kematian, aku sempat buat solat jenazah ghaib untuk ayah. First time buat, entah macam mana lah. Tunggang-langgang agaknya. Hari tu solat jenazah ghaib untuk abang seorang ukhti tak dapat buat. Tu yang tak reti. Mula la google, buka buku yang dah berhabuk nak cari kafiat solat jenazah ghaib. Tapi hanya itu yang mampu aku buat dikejauhan ini. InsyaAllah lepas ni akan lebih bersedia dan lebih tersusun kalau menghadapi kematian lagi.

Siang tadi berjumpa dengan beberapa akhwat, mungkin disitu aku dapat kekuatan semula, untuk kembali menata hidup dengan tata cara yang sebaiknya. Hari makin berlalu, memori hanya tinggal sejarah, kehidupan perlu diteruskan. Pada diri ku harapkan, untuk terus tabah menerima dugaan. Biar apa orang nak kata, hanya Allah yang tahu hakikat sakitnya rasa yang tak pernah cuba di rasa.


Ayah, will miss u now and forever. Pak Lang, Opah, Abang Amir... moga bersama di syurga nanti. Teringat kata seorang ukhti, biarlah berjauhan sekarang andai dapat bersama di syurga kelak.