"manisnya sebuah PERHUBUNGAN akan terpancar daripada manisnya IMAN, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. mampu MEMAAFKAN keterlanjuran dan bersabar dengan kerenah insan. menegur dengan penuh kasih kerana tidak mahu terpisah di hari PEMBALASAN, berdoalah pada ALLAH agar mengikat tali ini seeratnya.."
-mku-

Monday, June 27, 2011

Out of Nowhere

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

salam :) buat sesiapa sahaja yang sudi untuk terima. sedikit perkongsian cerita dari saya buat sesiapa sahaja. dan ceritanya mungkin agak lucu pada pandangan saya tapi disebaliknya ada sesuatu yang perlu sama-sama kita aplikasikan.

insyaAllah, dengan upaya yang tak seberapa ini untuk menulis, saya cuba sampaikan sebaik mungkin. untuk tidak mengelirukan, terdapat beberapa watak yang perlu diperkenalkan terlebih dahulu. memandangkan setiap watak membawa tittle yang sama iaitu kawan. jadi untuk membezakan antara mereka, maka saya namakan mereka yang sebanyak 6 watak ini sebagai A, B1, B2, C, D dan E. jadi mari hayati bersama ~_^V

cerita bermula :

saya, tanpa dirancang, sepatutnya tolong kawan saya, A, membawa barang-barang yang dah disiapkan ke rumah E. ikut perancangan awal D yang akan bantu A. tapi disebabkan kekangan waktu dan kurang praktikal dari segi jarak tempat, maka saya pun menawarkan diri. kami perlu ke rumah E yang terletak di kawasan 'hot spot' bak kata A. dengan barang yang banyak, sambil berjalan terhenti-henti, kami berbincang macam mana nak sampai ke destinasi dengan cara yang paling praktikal dan 'selamat'.

sambil berjalan, kami tiba di rumah B1 dan B2 yang juga akan menuju destinasi yang sama. disebabkan barang yang banyak dan masih ada barang yang perlu dibeli, maka kami minta tolong pada B1 dan B2. tapi masalah timbul. kami perlu sampai ke destinasi dalam keadaan yang praktikal dan 'selamat'. untuk memberitahu pada B1 dan B2 adalah tidak wajar kerana sesuatu itu perlu disampaikan bertahap. jadi saya mengambil langkah panjang untuk berpecah dari group yang seramai 4 orang ini tanpa pengetahuan B1 dan B2. ditambah pulak dengan barang yang banyak, lagilah tak 'selamat'. A insyaAllah faham.

sebelum kami berangkat dan berpecah tadi, C dah melepasi kami. C juga ke destinasi yang sama. tapi disebabkan demi 'keselamatan', C perlu berlalu pergi sahaja dengan sedikit senyuman yang dilemparkan. kami, saya dan A faham.

ok, saya telah terasing dari A, B1 dan B2. dan saya cuba jalan selaju mungkin, kalau-kalau saya dapat kejar C untuk mintak tolong angkatkan sedikit barang yang ada dengan saya. dan saya telah berada di dalam kawasan 'hot spot'. dengan barang yang dibawa pasti menimbulkan pertanyaan sesiapa yang bakal berselisih dengan saya nanti, maka fikiran saya mula berfikir-fikir jawapan yang sesuai.

sedang saya berfikir jawapan yang sesuai sambil berjalan menuju lokasi yang saya tak tahu secara tepatnya, sambil mata melilau mencari kelibat C, tiba-tiba, nun jauh di depan sana, saya terpandang kelibat seseorang. dan saya berada di kawasan 'hot spot'. saya tak dapat nak kenal pasti siapa gerangannya orang itu. maka, otak semakin laju memikir dan mata makin melilau mencari jalan keluar. kalau boleh tak nak terserempak.

mujur, saya dah berdekatan dengan masjid sedang orang itu masih jauh dari kawasan masjid yang terletak di antara kami. saya terus belok masuk jalan yang berdekatan masjid. berhenti disitu dahulu. sebab dah janji dengan A kalau sampai masjid, telefon dia untuk tahu lokasinya secara tepat. maka, saya pun telefon A dan beritahu lokasi saya sambil berharap tak terserempak orang yang saya terlihat tadi.

sambil tunggu A, muncul C dan saya berharap orang tadi tak nampak pulak saya dengan C. saya tanya C kalau-kalau dia tahu rumah E. C pun tak tahu rupanya tapi C kata dekat-dekat sini (tempat kami bertemu) je sebab dia nampak D masuk salah satu bangunan dekat-dekat sini. dalam hati saya berbisik "lah tu D ke tadi tu!" "ya Allah! punya lah cuba buat-buat tak nampak!"

C cuba telefon D untuk tanya lokasi. tak jauh dari kami berdiri D keluar lambaikan tangan. rupanya D pun tunggu C jugak kot tadi. saya tak pasti kalau D ada nampak saya. sebab saya tak sepatutnya berada di kawasan situ waktu tu. kami terus naik. sampai rumah E. saya terus letak kan barang-barang dan bergegas turun tanpa pengetahuan E dan tanpa bertegur sapa dengan D. kerana E tak sepatutnya tahu saya ada di situ. saya bukan dalam perancangan.

dalam perjalan balik, saya teringatkan D. D pasti kenal saya, walaupun dari jauh. apa yang D rasa bila saya buat-buat tak nampak dan terus belok ke jalan lain dan tak bersapa pulak?ahhh..! saya dah rasa bersalah. bukan saya sengaja, tapi memang saya punya masalah dalam penglihatan dan saya juga perlu menjaga 'keselamatan'.

tengah dok asyik berikir macam mana nak explain pada D, saya terpandang A, B1 dan B2 dari jauh. alamak! saya patut ikut jalan lain tadi. sebenarnya B1 dan B2 pun tak sepatutnya tahu kehadiran saya yang sekejap ni. saya bukan dalam perancangan. saya pun mula memikirkan jawapan yang sesuai. nak patah balik memang dah tak boleh. nanti nampak sangat. saya jalan sangat tepi, berselindung diantara kereta-kereta. alhamdulillah depan sikit ada lorong. tapi lorong tu akan menjauhkan sikit perjalanan saya. tapi tak apa lah demi menjaga 'keselamatan'.

saya terus belok masuk tanapa menoleh pada mereka dan terus mengeluarkan handphone. belek apa-apa yang patut. saya nekad untuk tak menyahut kalau mereka panggil kerana jarak kami sangat dekat sebenarnya. alhamdulillah semuanya lepas. dan saya terpaksa jalan jauh sikit. tapi tak apa demi 'keselamatan'.

saya pulang sambil memikirkan apa yang D akan rasa atas tindakan saya tadi? one thaught cross my mind "ukhuwah samada dua, kepercayaan atau persangkaan".

habis cerita :)

.........................................................................

buat mereka yang faham. pengalaman ini indah. saya dapat tolong mereka walaupun tak terlibat. dapat melabur sikit. dan seronoknya bila perlu jaga 'keselamatan'. excitement yang dirasa sangat indah :)

p/s mereka yang di atas (tak termasuk saya) and few others, kini sedang 'bekerja'. moga kerja mereka dilihat Allah. moga Allah mudahkan urusan mereka.

Saturday, June 18, 2011

Sila Tengok!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

Kurtla Vasidi Filistin


atas galakan seorang teman, filem ini mesti di tonton! dan nyata filem ini benar-benar membuka mata kita yang selama ini separa sedar dan celik tapi buat-buat tak nampak. kini ana pula ingin menyarankan pada antuna, filem ini WAJIB ditonton supaya seketul daging (hati) yang didalam jasad itu tak lagi sekeras batu. dan semoga kita semakin sedar akan kekejaman dan kezaliman satu bangsa yang perasan diri mereka suci sedangkan diri mereka hina! becakap saja mungkin dengar tak dengar. biarlah kali ini mata yang melihat terus menembus ke hati. moga ini bukan sekadar filem tapi realiti yang bakal terjadi dengan syarat setiap kita buka mata terhadap isu ini. andai masing-masing lena, apakah akan ter-realisasi impian ini? tepuk dada, tanya iman! mari sama-sama semarakkan semangat dan sebarkan kesedaran.

tons of appreciation to the Turkish, producing this eye's opening film. membuktikan Turkey yang dulu tidur setelah kejatuhan khilafah, kini mula celik menandakan kebangkitan semula islam. seperti sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dulu dan cuba menebus kembali. syabas Turkey. moga manusia setangkas Polat Alemdar, Abduley Coban dan Memati Bas benar-benar wujud! dan semoga jiwa-jiwa sehebat dan setangguh salahuddin al-ayoubi benar-benar bangkit.

trimas pada teman yang menggesa untuk menonton dan mengambil iktibar dari filem ini. ya kini ana pula cuba sebarkan disini. jazakillah khair ukht, moga kita sama-sama menjadi orang yang memburu syahid!

Valley of the Wolves Palestine



Friday, June 10, 2011

ريندو

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

salam buat semua, yang sedang berduka mahupun kecewa. yang sedang gembira mahupun leka. yang sedang struggle nak exam mahupun goyang kaki tanpa kerja. apa saja keadaan antuna kala ini. moga-moga Allah meredhai. ana doakan ketenangan buat semua. buat mereka yang berduka lara, yang bersuka ria, yang sibuk bekerja mahupun yang senang sentiasa.

review balik perjalanan tahun ini, muhasabah balik apa yang dah dilakukan oleh diri, kira dan hitung tarikh yang berbaki. hari ini, baru 8 rejab 1432H tapi alhamdulillah ana dah rasa tak sabar menantikan tetamu mulia yang singgah hanya setahun sekali. dan moga-moga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemunya, Ramadhan karim. terlalu awal bukan? tidak. tidak. bahkan mungkin dah terlewat.

entah mengapa, sedari beberapa hari yang lepas atau mungkin seawal rejab menjelma, hati dan perasaan melonjak ceria. tak sabar manantikan hadirnya ramadhan. ingin dapatkan bekalan ruhi yang sangat berkualiti. hampir .... tahun mengenal T dan sepanjang itu juga beberapa Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja. tak dapat dirasai apa yang insan lain rasa terutama mereka yang sangat-sangat ana kagumi penghayatan mereka terhadap islam, iman dan T. walaupun berazam disetiap kali Ramdhan, namun akhirnya tetap kecewa juga. mungkin disebabkan dosa-dosa yang menghalang. namun begitu, penghayatan terhadap Ramadhan tatkala selepas dan sedang berada dibawah pengaruh T, sangat berbeza berbanding dulu yang langsung tak merasakan apa-apa. hanya sekadar puasa yang kosong yang dilaksanakan bagaikan rutin.

dan insyaAllah, kali ini dan tahun ini, ana sekali lagi berazam dan takkan pernah berhenti berazam untuk meraih kenikmatan sebenar Ramadhan dan Lailatul Qadr. persiapan haruslah bermula dari sekarang bukan tatkala bila pengisytiharaan 1 Ramadhan dibuat. dan sewajarnya dipersiap diri seawal mungkin untuk hasil yang ingin di capai. jadi, antuna bagaimana :) ?

analoginya sama seperti peperiksaan. setiap orang kalau nak exam bulan 7 pasti akan study seawal bulan 1, paling teruk pun 2 bulan sebelum untuk betul-betul bersedia menjawab exam dan bersedia untuk mendapat result yang gempak. maka sama juga bagi Ramadhan. untuk mendapatkan Ramadhan yang benar-benar mampu mentarbiyah diri dan memberi kesan yang sangat berkesan yang mampu mengistiqomahkan kita dalam setiap amalan, perlukan kesediaan yang cukup demi menghadapi bulan penuh barakah yang hanya singgah sekejap dan hanya sekali sahaja dalam setahun.

makanya, mari sama-sama persiapkan diri menunggu ketibaan Ramadhan yang mulia, demi menghidupkan kembali taqwa yang hampir mati.

"wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA" (al-baqarah : 183)

اللهم برك لنا فى رجب فى شعبان و بلغنا فى رمضان

"ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab , di bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan"


Tuesday, June 7, 2011

'Aisyah Mohamad

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

finally!!!

tanggal 7 bulan june tahun ke 2011 masihi bersamaan 5 rejab 1432 hijriah menjadi titik tolak bermulanya kehidupan seorang yang bernama 'Aisyah Mohamad. langit subuh menjadi saksi laungan iqamah dikiri dan kanan telinganya. bermulalah kehidupan seorang muslimah yang bakal mencorak kebangkitan daulah islamiah.

ini untuk 'Aisyah Mohamad :

selamat tiba di bumi yang penuh pancaroba. membesarlah menjadi Maryam binti 'Imran. laksanakanlah setiap amanah yang telah diikrarkan. semoga dikau menjadi salah seorang dari mata-mata rantai perjuangan Rasulullah saw. semoga dikau menjadi penyambung kami yang kecundang. bawalah panji islam. pacakkan ia tinggi di puncak. kibarkan ia tinggi dilangit. kerana ia milik mu. kerana ia dalam genggaman mu.

"ya Allah kau berkahi anak yang lahir dari rahim yang tak pernah jemu mengejar cinta dan redhaMu. yang sanggup berjuang tanpa rasa penat. yang tetap berjalan tanpa rasa letih. Kau jadikan anak ini hebat sehebat ibunya. Kau jadikan anak ini setangkas bapanya. Kau jadikan anak ini semulia Saidatina 'Aisyah. jadikan anak ini kebanggaan rasul junjungan Muhammad ibn Abdullah"

p/s 'Aisyah Mohamad, be a good girl ye:) tunggu Hud dengan Lut next-next year okay ~_^V

Tuesday, May 24, 2011

Tak Pernah Gentar!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

"generasi yang akan datang di Jalur gaza yang terdiri daripada anak-anak yang sudah menyaksikan kekejaman terhadap ayah dan ibu mereka, terhadap saudara dan kerabat mereka, akan menjadi sangat berani dan mara menguasai karakter zaman. mereka akan lebih mampu beribteraksi melawan musuh yang tidak memahami kecuali berinteraksi dengan bahasa JIHAD"

sedikit petikan dari buku tulisan Fatimah Syarha Mohd. Noordin dan Zulkifli Muhammad al-Bakri yang berjudul Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontemporari dan Penyelesaiannya.

sebuah buku yang wajar dan tak keterlaluan andai saya mewajibkan pada semua ummat manusia khususnya para belia dan remaja untuk baca dan sama-sama mengambil iktibar dan seterusnya bertindak atas isu yang tak kan pernah luput dek zaman ini.

sarat dengan fakta-fakta yang membuka mata dan minda yang mengajak diri untuk bangun dari buaian dunia dan berhenti dari menjadi rakan kepada musuh ketat islam, israel zionis laknatullah. komentar-komentar para pemimpin islam sebenar yang menyuntik semangat jihad yang tinggi turut dimuatkan beserta fatwa dan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu saudara kita di sana.

wajah suci sheikh ahmad yassin yang mengundang sayu tatkala helaian diselak satu per satu. jiwa yang sarat dengan semangat jihad yang berkobar-kobar itu masih hidup walau realitinya telah lama dia membuktikan syahadahnya. maha benar firman Allah swt :

"dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi tuhannya mendapat rezeki"
(ali-imran 3 : 169)

ayuh! semarakkan semangat juang salahuddin al-ayoubi, pahlawan islam yang membuka baitul maqdis. lantas berikrar dan terus bertindak demi membuktikan syahadatul haq yang kita yakini!

Monday, May 16, 2011

Compilation Exam Break

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

sempena exam break beberapa minggu sebelum next paper, ana ambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa cerita.
...................................................................................................

NAKBA! 15 may 2011


saja melawat ke blog-blog lain, dan terperasan post-post berkenaan hari guru. oh! hari ni 16 may. aku terlupa dan bagaimana aku boleh terlupa. tapi biarlah aku terlupa kerana ada hari yang lebih penting dan wajar aku ingati.

hari NAKBA PALESTIN, yang bermaksud hari bencana atau malapetaka yang menimpa rakyat palestin umumnya dan khususnya umat islam seluruh dunia. hari dimana kerajaan haram israel diiktiraf dunia dimana secara rasminya negara palestin lenyap dari peta dunia dan wujudnya negara haram ini.

15 may 1948 menyaksikan satu lagi kejatuhan legasi islam. selama 63 tahun! rakyat palestin terkurung dalam tembok-tembok yang dibina zionis memisahkan mereka dengan dunia luar. selama 63 tahun! juga mereka terus tetap berjuang mempertahankan tanah yang hanya tinggal sekangkang kera tanpa rasa peduli oleh umat islam yang lalai dan hanyut dibuai mimpi-mimpi indah dunia dan dibelai oleh nikmat-nikmat sementara yahudi laknatullah. 63 tahun! kita yang mengaku islam yang bersyahadah dengan kalimahtain membiarkan mereka terus dizalimi dan dinafikan hak-hak mereka bahkan selama 63 tahun juga kita yang menyumbang kepada kehancuran al-quds!

apakah kita sedar?! apakah kita cakna?! apakah kita tahu umat islam di palestin selama ini ditindas, dizalimi dan dinafikan hak-hak mereka?! atau kita hanya tahu, oh, hari ni hari guru. 1 may hari buruh. dan berapa banyak lagi hari yang kita ingat tapi lansung tak menyumbang pada kebangkitan islam?!!

sedarlah wahai jiwa-jiwa yang meyakini hari kebangkitan! isu palestin bukan isu lapuk yang tiada penghujung. isu palestin merupakan isu AKIDAH kita sebagai umat islam!

"barang siapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum muslimin, maka dia BUKAN dari golongan mereka"
hr baihaqi dari anas.

nampakkah kalian? hadis rasulullah saw jelas menerangkan duduk sebenar status kita sebagai seorang muslim. andai kita tak memikirkan tentang kaum muslimin maka kita bukan dari golongan muslimin. andai kita bukan dari golongan muslimin, maka dari golongan manakah kita??!tepuk dada tanya iman.

rakyat palestin itu agamanya islam. rakyat palestin itu hidupnya dengan agama islam. maka, apakah mereka bukan dari golongan kita yang sewajarnya kita pertahankan? apakah mereka sekadar rakyat yang menuntuk hak kemerdekaan negara yang telah dirampas?

tak! tidak sama sekali. bahkan merekalah sebaik-baik golongan muslimin yang telah diiktiraf keimanan mereka oleh rasulullah saw

"sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan. dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala" para sahabat bertanya, " dimanakah tempat mereka itu ya rasulullah saw?" baginda menjawab, "di baitul maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) baitul maqdis"

hadith diriwayatkan abdullah ibn ahmad dalam musnad ahmad.

mereka akan tetap berjuang walau mereka dipinggirkan! dipinggirkan oleh siapa? kita yang mengaku seorang MUSLIM!

Allah telah menjadikan al-quds dan penduduk yang mempertahankannya sebagai hujah kita di akhirat kelak. andai tak kita bela nasib mereka, apakah yang akan kita hujahkan di akhirat kelak andai di tanya, apa sumbangan mu terhadap tanah suci al-quds, terhadap saudara-saudara mu di palestin? bahkan kitalah yang menyumbang kepada kemusnahan dan kesengsaraan mereka! maka jawab kita dihadapan tuhan yang maha esa, "aku melakukan sesuatu untuk al-quds dan saudara-saudaraku dengan membantu ekonomi yahudi laknatullah dengan membeli barangan boikot supaya mereka bisa membeli kelengkapan ketenteraan untuk membunuh rakyat palestin dan umat islam! aku membantu al-quds dan saudara-saudaraku dengan tidak mengambil peduli atau kisah akan apa yang berlaku di sana. nak bom ke nak kelaparan ke, biarkan. itu bukan urusanku. itu negara mereka bukan negara ku. aku membantu al-quds dan saudara-saudara ku dengan doa yang tak pernah aku panjatkan buat mereka selain untuk diriku dan keluargaku sahaja!"

andai ini jawapannya di akhirat kelak, maka tafadhol! silakan! berbuatlah sesuka hati mu. lupakan al-quds dan sejarahnya. lupakan rakyat palestin dan kesengsaraannya. hiduplah dalam kemewahan yang disogok kaum kufar. hanyutlah dalam khayalan duniawi yang sementara!

tetapi, "aku membantu sedaya ku dengan menyekat ekonomi kaum kufar dengan menahan nafsuku dari membeli barangan boikot. aku membantu dengan mengambil peduli dan cakna akan nasib mereka setiap ketika lantas ku sebarkan pada teman-temanku, pada keluarga ku pada sesiapa saja yang dikeliling ku, agar mereka juga sedar dan bertindak seperti ku. aku juga tak berhenti membantu dengan mendokan kemenangan buat mereka dan islam disetiap ketika"

andai hujah ini yang ingin dihujahkan, maka persiapkanlah dirimu, segeralah bertindak. lupakan segala nikmat duniawi yang melalaikan. jauhkan diri dari sogokan kaum kufar yang bermacam rupa. bertaubatlah! dan kembalilah kepada tuhanmu yang menciptakan.

arghh! diri ini penuh kekurangan. namun dengan sedikit daya ini aku mengharapkan bisa menjadi hujahku di akhirat kelak. sekali lagi, hati yang menaip lebih dekat dengan hati yang membaca. selayaknya peringatan dan eguran ditujukan pada diri sendiri.

allahu taala 'alam

p/s teringat semalam saat berziarah ke rumah kenalan yang telah lama dirindui, antara mereka ada yang berkata "andai kita tidak disini (mesir) entah apa yang kita lakukan saat ini. entah kan tahu hari nakbah ini entah kan tidak" dan ada juga yang berkata, "orang lebih mengingati hari guru dari hari ini (nakbah)" maka aku tersedar, ya! betul kata dia.

...................................................................................................

tahniah & takziah


"...nak bagi tau ni, .. jangan terperanjat ye" antara bait-bait sms yang diterima yang sedikit menggusarkan hati. apakah sesuatu terjadi pada ayah ku, keluarga ku, atau pengirim sms sendiri. macam-macam fikiran berlegar, namun hati terus beristighfar moga dijauhkan perkara tak baik dan moga hati bisa menerima apa jua ketentuanNya.

telefon berbunyi menandakan masuk sms baru. innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati"
(ali-imran 3 : 185)

dari Dia kita datang, pada Dia jualah tempat kembali. aku menerima khabar perginya satu lagi jiwa yang aku sayangi. Allah Maha Kuasa, disebabkan muzaharat yang berlaku, aku bisa pulang menemui keluarga dan sanak saudara termasuk dia yang telah pergi. saat itu dia kelihatan sangat sihat. dia sama seperti dulu. cerita-cerita yang disampaikan sering membuatku terfikir 'tinggi manakah ilmunya?'. cuma keadaan sedikit berbeza bilamana aku diberitahu dia sering teringatkan arwah anaknya. sedih bila aku tahu dia kadang kala menyuruh anaknya membuat sesuatu sedangkan anaknya sudah tiada. hanya pada tahun lepas, tak lama pun arwah pergi. kini ayahnya turut menjejaki. kesihatan anak sulungnya yang terganggu sebelum aku kembali ke mesir, tapi dia yang pergi dulu.

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. sekali lagi berita ini ditangguhkan kerana aku dalam fatrah imtihan. pertama kali dulu sewaktu kematian nenda dan sepupuku yang merupakan anak arwah. arwah pergi pada 2 may 2011, sehari selepas pernikahan anak buahnya yang merupakan sepupuku.
al-fatihah

p/s lantas ku teringat post yang lepas, betapa ajal kan datang bila-bila masa. maka apakah yang telah ku lakukan sepanjang umur ku.

Saturday, May 7, 2011

Joyeux Anniversaire!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

hey sissi (sis sis),
hope you'll doing fine..this year's 7th may couldn't be homed with you again to celebrate your born's day..a simple gift from me, tanda i was never forget about you..terimalah :


p/s retrieve your gift via email :)

umur was never create for us to waste. kenapa Allah cipta manusia berumur? sebab, kalau tanpa umur bermakna tanpa satu jangka, manusia takkan pernah cuba untuk manfaatkan kehidupannya. bilamana seseorang itu sedar bahawa hidupnya berumur atau punya satu jangka hayat maka dia akan cuba berbuat sesuatu untuk kehidupannya agar tak kosong. itu termasuk samada perkara bermanfaat mahupun tidak, kerana, manusia jika hanya sedar hidupnya punya jangka hayat tapi tak tahu tujuan sebenar dia dihidupkan maka dia hanya mensia-siakan kehidupannya. jadi manusia yang sedar dia punya jangka hayat dan tahu tujuannya dihidupkan, maka dialah sebaik-baik manusia yang dicintai Allah swt.

Allah berfirman :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (qs at-tur : 56)

dan ibadah bukanlah bermaksud duduk ditikar sembahyang 24 jam seminggu atau ber'iktikaf di surau atau masjid tanpa peduli keadaan sekitar, tapi mengibadahkan setiap pekerjaan yang dilakukan dengan berniat melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan semata-mata kerana Allah dan demi mengharapkan keredhaanNya. hatta study sendiri bagi seorang pelajar atau sebagainya dengan syarat sesuatu amalan atau pekerjaan itu tidak menyalahi syara'.

analogi :
bayangkan andai kita punya masa 7 jam sehari dalam seminggu untuk study. 7 x 7 = 49. 49 jam study dalam seminggu hanyalah satu pekerjaan yang sia-sia andai hanya kita niatkan demi kejayaan dunia semata-mata tapi ia berubah ibadah bilamana kita berniat kerana Allah dan demi meraih redhaNya. dan kitalah sebaik-baik hamba yang Allah sayangi insyaAllah. cuba bayangkan, 49 jam dalam seminggu itu kita beribadah melalui study! itu belum ditambah ibadah wajib dan sunat yang dilakukan. kalau bagi saya yang tak seberapa amalannya dan sering melakukan dosa-dosa ini, 49 jam beribadah pada Allah! sesuatu yang alhamdulillah. betapa pemurah dan pengasihnya Allah bilamana dia menghadiahkan kebaikan buat hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. dan Allah tak memerlukan kita bahkan kitalah yang memerlukanNya.

maka, akhirul kalam, manfaatkanlah setiap detik hayat kehidupan mu wahai manusia yang sering alpa untuk mengingat Allah kerana sesungguhnya bilamana kamu mengingat Allah, maka Allah ingat padamu seperti firmannya :

"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat padamu. bersukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (qs al-baqarah : 152)

wallahu'alam.

jari yang menaip lebih dekat dari mata yang membaca. mari sama-sama manfaatka usia kita!

dikesempatan ini juga ingin saya menyeru pada seluruh ummat islam di mana sahaja anda berada untuk sama-sama menyokong intifada ke-3 pada 15 may 2011 ini. moga ini menjadi sedikit amalan buat diri kita dan bukti wujudnya walau sekelumit iman dalam diri kita serta moga ianya menjadi titik tolak kejatuhan zionis dan kebangkitan daulah. takbir!!

p/s/s exceptional post

Tuesday, April 26, 2011

NFG.ASAP

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

dedikasi buat dia yang bermakna dalam hidupku. "ya Allah sampaikan rasa kasih dan sayang ku padanya. lindungi dia. rahmati dia. perkenankan segala permintaannya. jadikan aku seperti dia."

bilaku sedih pada dia aku mengadu
bilaku hampa pada dia aku bercerita
bilaku kecewa suara dia yang ku damba
bilaku buntu pertolongan dia yang ku butuh
bilaku sendirian dia yang selalu disisiku
bilaku rindu pada dia ku titip pesanan ringkas

walau terkadang tak terluah rasa kecewa
walau terkadang tak tercerita keperitan
walau terkadang tak tergambar kesedihan
suaranya, kata nasihatnya, celoteh dan guraunya
sudah cukup menghibur hati ku
sudah cukup menenangkan ku
sudah cukup membuatku rasa aku tak keseorangan
sudah cukup mengembalikan aku dari kefuturan

ku nyatakan kerinduan pada kisah kami yang lalu
dia sambut dengan alu-aluan yang cukup bermakna
namun dia tetap menyedarkan ku
kami tak mungkin kembali pada kisah dulu

segala yang dia lakukan buat ku
tak terbalas oleh ku
bertambah terharu aku
bila dia sudi terima pelawaan ku
menjadi teman buat ku dunia dan akhirat
agar ku bisa berkawan di bumi dan di alam sana

terima kasih ALLAH kerana menghadirkan seorang teman buatku agar aku tak berasa sepi dan ditinggalkan Mu. sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. ya, itu juga kata-katanya buat ku. sesungguhnya Allah tak meninggalkan ku sendirian.

NFG.ASAP
............................................................................................................

sekadar pemberitahuan, sudah masuk fatrah imtihan, jadi segala aktiviti perlu dikurangkan demi menumpukan pada yan lebih priority nya. teguran itu cukup menghentam jiwa yang lalai ini. terima kasih kerana concern pada diri yang tak punya apa-apa ini. ampun dan maaf pada semua andai diri ini ada mengguris dan melukakan sesiapa. fizikal, mental mahupun emosi. doakan kelancaran semua kerana sometimes doa orang lain yang lebih dimakbulkan berbanding doa sendiri. hope mercy from Allah, seek repentance.

hidup falestin! hidup misr! hidup IMAN!

"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang BERTAKWA." (az-zukhruf 43 : 67)

wallahu'alam

Saturday, April 23, 2011

Thaurah

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..


mengimbau kembali kenanganku bersama satu peristiwa yang banyak mengajar aku erti kekuatan shabab, ini rasa hatiku.

tanggal 26 january 2011, kebanyakan student dah pun habis exam midterm dan final sem mereka. begitu juga aku. habis exam tanda bermulanya winter break tahun ni. tak banyak yang aku plan untuk cuti musim sejuk tahun ni. cuma menghabiskan masa dirumah sama macam tahun-tahun dulu. pretty boring huh? well that's me. and a few things yang aku perlu pertimbangkan sebelum boleh pergi melancong ke mana-mana seperti mereka yang merancang ke turkey, jordan, syria dan macam-macam tempat lagi atau menjelajah bumi misr yang dah hampir 3 tahun aku diami atau pulang ke malaysia. biarlah dikatakan boring atau boring, hanya Allah yang tahu asbabnya.

so, winter break yang dull yang dirancangkan rupanya bertukar sesuatu yang sangat indah. beberapa hari selepas exam habis dan sebelum sempat sahabat melaksanakan plan-plan meraka, kerajaan misr menguatkuasakan curfew dari pukul 6 petang hingga 7 pagi kalau aku tak silap. persatuan pelajar mula mengeluarkan pekeliling keselamatan khas buat student malaysia di misr. keadaan malam senyap sunyi walaupun di kawasan yang lazimnya sibuk.

hari berganti hari. malam dan siang tak pernah berhenti. curfew di panjangkan bermula 4 petang hingga 10 pagi kalau tak silap. tapi seingat aku, kami cuma berpeluang berada di luar rumah lebih kurang 5 atau 6 jam sahaja pada siang hari. kami mula kebosanan. dengan internet yang on off dan talian telefon yang tak berapa nak baik. kerisauan kami hanyalah bilamana tak dapat inform family tentang keadaan kami di sini yang selamat dan cukup makan malah terlebih lagi. nak study memang tiada mood, lagi-lagi baru lepas exam.

jumaat kedua atau ketiga aku bersengkang mata menahan ngantuk siang hari semata-mata nak streaming al-jazeera live dari medan tahrir. muzaharat seterusnya untuk menggesa pemimpin zalim misr letak jawatan dirancangkan selepas solat jumaat. tak dapat turun pun takpe lah, sekurang-kurangnya dapat participate dari rumah (betapa pengecutnya aku rasakan). tak dinafikan bila mula-mula dengar cerita tentang muzaharat ni, aku gembira dengan sedikit duka. gembira kerana rakyat arab misr bangkit menentang kezaliman pemimpin mereka menandakan sesuatu bakal berlaku. duka kerana, andai aku tak berkesempatan pulang adakah ibu ayah mengampuni segala dosa ku pada mereka?

desas-desus kerajaan malaysia tentang ops piramid tak aku endahkan. aku merasakan keselamatan masih terkawal seandainya semua orang mematuhi segala arahan yang dikeluarkan kerajaan misr dan persatuan pelajar. cerita-cerita yang di exaggerate oleh media-media tempatan malaysia sedikit sebanyak menimbulkan rasa geram di hati. hanya pada Allah ku mengharapkan untuk memujuk hati ibu ayah yang dikejauhan.

akhirnya tiba saat evakuasi. aku dan saudara-saudaraku masih sukar mempercayai. kami cuma turuti. dan memohon pada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kami kerana 'melarikan diri'.
hanya Allah yang tahu betapa kami juga ingin turut serta andai tiada halangan.

dan Allah lah sebaik-baik perancang. setelah 3 hari berkampung di iskandariah semata-mata untuk tunggu turn flight yang akan mengevakuasi kami dari misr ke jeddah, aku hanya bisa melambai saudara-saudaraku pergi dengan hati yang berkecai. kecewa kerana aku perlu meninggalkan mereka menghadapi satu lagi penantian di jeddah sana. aku tahu, tanpa aku mereka tetap boleh melaluinya. mereka lebih hebat berbanding aku. cuma aku sedih bilamana memikirkan, apakah aku masih belum layak atau setaraf dengan mereka untuk sama-sama merasai kesusahan dan pengalaman yang sama. ini kali kedua aku terpisah dari mereka. dan ketiadaan ku bersama mereka sangat aku kesali kerana aku merasakan seperti aku seorang backstabber. arghh! iman ku sangat rapuh. hampir saja aku menyalahkan takdir yang menimpaku. aku di tahan oleh pegawai airport kerana masalah passport. mujur masih berbaki saudara-saudaraku menenangkanku sebelum mereka juga turut pergi bersama penerbangan terakhir itu. dan mujur masih ada seorang sahabat yang punya masalah yang sama. bukankah Allah itu Maha Penyayang, tak ditinggalnya aku sendirian untuk pulang ke mansurah menguruskan passport yang bermasalah.

"jangan kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." (at-taubah 9 : 40)

akhirnya aku tiba di malaysia dengan penerbangan sendiri menaiki gulf air. lebih awal berbanding saudara-saudaraku. bertemu ibu ayah yang hampir 3 tahun aku tinggalkan.

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ar-rahman 55 : 13)

setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang.

and now aku sudah di misr kembali, menyambung pengajian yang tertangguh. dan masih berbaki penyesalan kerana tak bisa bersama saudara-saudaraku dan tak dapat nak menjejak kaki di jeddah, bandar dimana para jemaah haji dan umrah berniat. bandar yang hanya beberapa jam jauh dari makam kekasih agung, Muhammad saw.

lastly, sedikit rasa dariku tentang muzaharat dan thaurah yang berlaku.

rakyat misr kini nampak lebih gembira. entah mengapa dan bagaimana aku menilainya tapi aku dapat rasakannya. walau masih berada dibawah pemerintahan tentera sementara menunggu pemerintahan yang baru, rakyat misr kini sudah berani menyuarakan rasa hati mereka.
revolusi misr baru, benar-benar memberi kesan pada mereka terutama golongan as-shabab atau ar-rigal mereka. sesungguhnya si penggoncang dunia adalah dari golongan pemuda!

dan semakin bertambah rasa sayang dan rindu pada tanah yang telah menjadi rumah kedua ku. sayang rasanya untuk meninggalkannya nanti. tanah kelahiran para anbiya', para salafu salih dan para ulama'. tanah yang sama-sama berkongsi langit para mujahidin dan para syuhada' di negara jiran. tanah yang menemukan semula si hamba dan sang penciptaNya.

wallahu'alam.

dictionary :

shabab - pemuda
muzaharat - demostrasi
thaurah - revolusi

p/s sory miss ida atas kelewatannya



long live ya misr!!
pertama kali melihat video ini, hatiku sebak. tak ku sangka tanpa ku pinta air mata mengalir membasahi pipi. sedaya upaya cuba ku sorok wajah dari terlihat oleh saudara-saudaraku yang lain. makin ku bendung makin bertakung. akhirnya ku tertunduk. betapa kuat semangat mereka dapat ku rasa. namun sayang bukan aku yang menjadi sebahagian dari perjuangan mereka. pertama kali mendengar pemimpin zalim itu akhirnya akur pada kehendak rakyat, aku tak ingat aku sujud menandakan kesyukuran.

lirik صوت الحريه di sini

Tuesday, April 19, 2011

Raised as a Patriot

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

"we are raised to become patriot NOT as a nurse!"
people may say we are strange
people might think we are heartless
they may say we are as hard as a stone
they might think we are out of love

whatever it is, yes! we are raised to become a patriot not a nurse. we are raised to jump into the battlefield not to assist it. we are raised to chase the syaheed. so, no wonder people would see us as a heartless stoned person with little appearance of love or softness inside ourselves. because we want to be the real jundullah whose sacrifice their blood for the sake of jannah.

we also want to produce patriots! we can leave the nurse to the others cause nurse is lot more easier to produce then the patriot. not many of us can produce patriot. so I want to be the patriot and produce patriots. WE want to be the patriots and produce patriots. that is why if people see hardness and maybe heartless in our ways of managing people. because the daulah needs patriots to stand it high not just nurses. though nurses are important too, we don't hesitate. only that our focus is towards the patriots.

we know most of the time our ways just don't seems to fit the society well but we believe, in millions of community there are a small bunch of people that are born to become patriots. though it's look tough but believe me the 'berlian' among the 'permata' is worth a million times more than worth-full things ever exist in this whole universe. yes, it sure cost a lot of time and effort to find them but Allah will always guides you whenever the bond between you and Him are stronger than the iron chain that tight the ship to the harbour.

" o ye who believe! if ye will aid (the cause of) Allah, He will aid you, and plant you feet firmly" (QS Muhammad 47 : 7)

whatever our ways are, whenever we stay, the aim is only one, the need is clear. ila mardhatillah. tegakkan daulah demi Islam sejagat.


Friday, April 15, 2011

Sanah Helwa!!

..in the name of Allah ar-Rahman ar-Rahim..

SeLamAt Hari LaHiR
TEMAN!

"salam r&s buat sahabat ku yang dikejauhan, moga dikau sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt. sempena tarikh kelahiran mu, ku berdoa agar kita dipanjangkan usia untuk bertemu dan andainya terpisah tanpa sempat bersua, ku mengharapkan
pertemuan kita di syurgaNya nan indah kelak, agar dapat menjalin kasih kekal selamanya"

16 april 2011